BERITAKesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di...

Kesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di sana

Kesatuan Eropah memiliki pendirian yang jelas terhadap Meta. Mereka meminta supaya pengendali Facebook dan Instagram itu menyimpan dan memproses data-data pengguna Eropah, di dalam wilayah Kesatuan Eropah dan bukannya disalurkan ke pengkalan data yang berada di Amerika Syarikat.

Namun, Meta katakana yang ia tidak boleh kerana tindakan ini boleh merencatkan servis pengiklanan yang digunakan pengguna-pengguna enterprise mereka. Makanya, dalam satu laporan kepada pihak berkuasa, Meta memaklumkan yang mereka terpaksa menutup servis Facebook dan Instagram di Eropah sekiranya mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan perundangan di EU.

Dua menteri, masing-masing daripada Jerman dan Perancis telah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan pihak Kesatuan Eropah tidak gentar ke atas ancaman tersebut. Salah seorang daripadanya sudahpun tidak menggunakan Facebook selama 4 tahun dan seorang lagi menyatakan yang benua Eropah adalah sebuah pasaran yang kukuh dan boleh hidup tanpa kehadiran Meta.

Ia tidaklah mengejutkan kenapa mereka cukup berani. Pada minggu sudah, kami laporkan bahawa Facebook telah kehilangan jutaan pengguna aktif harian, pertama seumpamanya dalam sejarah penubuhan media sosial itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami