UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil

Seorang Ahli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu media bahawa parti itu mengambil keputusan untuk memecat Ishal Jalil.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato’ Onn, malam ini.

“Dia (Isham Jalil) dipecat,” kata ahli MKT yang turun di pekarangan lobi Menara Dato’ Onn.

Beliau bagaimanapun enggan namanya disebut media.

Dalam pada itu, ahli MKT berkenaan berkata, Isham dipecat kerana membuat pelbagai kesalahan terhadap parti.

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka.

“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.

Awal hari ini, Isham dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berpunca daripada pemimpin parti itu yang didakwa terlalu mempertahankan DAP.

Isham turut mendakwa ada segelintir pemimpin UMNO bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan parti itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi. – SETERUSNYA

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM