Friday, January 3, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRK DUN KKB: DAP perlu calon segar, Mandeep Singh pilihan selamat

DAP yakin dapat menarik lebih ramai sokongan orang Melayu dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu akan datang dengan calon baharu yang segar dan lebih mesra.

Pada masa sama, pengundi dari segmen Cina, India dan Orang Asli juga akan memberi lebih banyak undi kepada calon baharu parti itu kelak, kata penggerak DAP tempatan.

Sumber DAP Kuala Kubu Bharu berkata keputusan parti memperturunkan penyandang, Lee Kee Hiong untuk penggal ketiga dalam pilihan raya negeri tahun lalu menjejaskan sokongan dan menurunkan majoriti kemenangan.

“Orang tempatan tahu mendiang sudah lama sakit kanser. Jadi apabila mendiang bertanding lagi, ramai yang menolak DAP,” menurut sumber dalaman DAP.

Penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Sumber berkata, mereka yakin parti itu selesa dengan undi simpanan sebanyak kira-kira 35% dari pengundi Melayu yang membentuk 46.4% pengundi Kuala Kubu Bharu.

Sokongan dari segmen pengundi tersebut juga kini bertambah baik dengan usaha dilakukan pemimpin muda DAP Mandeep Singh yang membantu sewaktu penyandang kerusi itu sakit.

Dalam keadaan itu, banyak usaha untuk memulihkan hubungan dengan anggota dan pemimpin masyarakat Kuala Kubu Bharu waktu itu ditangani Mandeep, katanya.

Mandeep Singh merupakan setiausaha politik kepada Menteri Digital Gobind Singh.

Mandeep, juga sebelum ini dikenali sebagai aktivis daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Berasal dari Kalumpang, Mandeep, 38, juga telah terlibat secara aktif dalam membantu penduduk di Kuala Kubu Baharu sejak beberapa tahun ini.
Namanya pernah disebut-sebut sebagai calon DAP di DUN Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu sebelum mendiang Lee Kee Hiong dikekalkan bagi penggal ketiga.

“Mandeep mungkin ada peluang. Sebab dia orang kuat Gobind dan pernah terlibat secara aktif di Kuala Kubu Baharu sebelum ini,” kata sumber itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pula pada 27 April. Tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

Kuala Kubu Baharu yang dikenali sebagai ‘kerusi campur’ dengan pecahan pengundi Melayu (46%), Cina (30%) dan India (18%) dan lain-lain (6%) memberi kelebihan kepada PH.

Baca juga:

Adun Kuala Kubu Bharu nafi tinggalkan DAP untuk jatuhkan PH Selangor

Dokumen Penyelewengan Adun Kuala Kubu Baharu Diserah Kepada SPRM

Jessie Ooi Dakwa Bahu Dicederakan Calon DAP DUN Kubu Baharu #TolakPR 4 #BetterNation

#Tag

Berkaitan

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

PRK DUN KKB: Jangan abaikan Orang Asli Kuala Kubu Bharu

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

JENAYAH / MAHKAMAH

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

DUNIA

Harga elektrik, gas turun Jan-Mac 2025

AM

Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kerjasama Ranhill SAJ, media demi kelestarian bekalan air masa depan

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

PILIHAN RAYA

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan...
PILIHAN RAYA

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PILIHAN RAYA

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan...
PILIHAN RAYA

PRK DUN KKB: Jangan abaikan Orang Asli Kuala Kubu Bharu

"Kita harus dilayan sama seperti semua kaum lain. Jika seseorang mendapat sesuatu, maka wajarlah semua orang mendapat perkara yang sama."
JENAYAH / MAHKAMAH

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

DUNIA

Harga elektrik, gas turun Jan-Mac 2025

AM

Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kerjasama Ranhill SAJ, media demi kelestarian bekalan air masa depan

DUNIA

[TONTON] Bekas pegawai FBI berkata adalah terlalu awal untuk mengatakan serangan di Bourbon Street sebagai insiden keganasan