MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Imigresen tahan 114 pendatang termasuk 70 warga China dalam Ops Mahir di Kuala Krai, Kelantan

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mereka yang ditahan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 seperti tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen sah dan menyalahgunakan pas lawatan.

KOTA BHARU: Sepasukan anggota Jabatan Imigresen (JIM) menahan 114 pendatang dalam Ops Mahir, di sebuah kilang besi dekat Kawasan Perindustrian Stapanol Batu Jong, Kuala Krai, hari ini 20 Ogos 2024.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM Basri Othman berkata kesemua yang ditahan, melibatkan 70 warganegara China, Bangladesh (28),Thailand (1), Pakistan (2), Myanmar (11) dan Indonesia (2).

“Operasi dijalankan selepas menerima aduan awam dan risikan yang telah dijalankan selama dua minggu.

“Satu pasukan operasi diatur gerak melibatkan seramai 69 pegawai pelbagai pangkat dan berjaya menahan kumpulan warga asing tersebut bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Basri berkata daripada 114 yang ditahan, 98 adalah lelaki manakala 16 lagi wanita berusia antara 24 hingga 50 tahun.

Beliau berkata kilang tersebut yang terletak di kawasan berhampiran bukit, didapati agak terpencil dan pihaknya telah mengepung kawasan itu menggunakan anggota khas iaitu pasukan taktikal lebih awal, bagi mengelak mereka melepaskan diri.

Basri berkata siasatan juga mendapati pekerja warga asing itu menetap di kawasan kilang dan kawasan sekitar hutan berbukit, bagi memudahkan mereka melepaskan diri sekiranya ada operasi dijalankan.

“Siasatan juga melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun iaitu majikan dan kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi pendatang dan Seksyen 55E kerana menggaji pendatang tanpa izin,” katanya.

BACA juga:

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas