Pesawat #AirAsia Ke Alor Star dilencong kerana cuaca buruk

Pesawat #AirAsia Ke Alor Star dilencong kerana cuaca buruk

airasia-terkandas-kota-bharu

Alor Setar: Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia), yang dijadualkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.

Difahamkan, pesawat AK6012 itu yang dijadual berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada jam 7.05 pagi, sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini satu jam selepas itu.

Pesawat berkenaan turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dipercayai mendarat dengan selamat dan lancar.

Sementara itu, jurucakap AirAsia mengesahkan laluan pesawat terbabit dilencongkan atas faktor cuaca buruk.

“Ini adalah sesuatu yang normal dan apabila terjadi perkara sedemikian, pesawat akan dilencongkan ke lapangan terbang lain,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Murid tahun 5 kritikal selepas tercekik eyeball candy

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami