BERITA#MH17: Seratus Pakar Forensik Antarabangsa Kumpul Anggota Mayat Di Lokasi (video)

#MH17: Seratus Pakar Forensik Antarabangsa Kumpul Anggota Mayat Di Lokasi (video)

#MH17: Seratus Pakar Forensik Antarabangsa Kumpul Anggota Mayat Di Lokasi (video)

Seratus pakar forensik antarabangsa dari Belanda Dan Australia meneruskan pemeriksaan di kawasan pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh.

Pada hari kedua pakar berada di kawasan itu – mereka meneruskan kerja mengumpulkan banyak lagi anggota tubuh mayat mangsa yang ditemui.

Timbalan Ketua Misi Khas Pertubuhan Keselamatan Dan Kerjasama Eropah, Alexander Hug berkata;

Pemeriksaan tertumpu di kawasan nahas yang juga ladang ternakan ayam.

Dianggarkan 80 mayat daripada 298 penumpang masih di kawasan nahas selepas 227 keranda diterbangkan ke Belanda.

Bagaimanapun kata Hug – jika berlaku pertempuran antara tentera Ikraine dan kumpulan pemisah Pro Rusia di kawasan berkenaan, mereka perlu beredar.

Dalam pada itu keretapi penyejuk kedua membawa mayat yang ditemui kelmarin sudah tiba di Kharkiv.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami