PILIHAN RAYABN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor

BN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor

BN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan pengasas sekolah pondok, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman Mat Razi, 49, sebagai calon parti itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN PRK Pengkalan Kubor.

Mat Razi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi dikalangan masyarakat tempatan merupakan bekas Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat bahagian Pengurusan Sekolah.

Beliau juga merupakan AJK Umno Bahagian Tumpat sejak 2009.

Mat Razi mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Sampingan sejak 2012.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami