BERITA1MDB1MDB: Pengarah Urusan Bergelar 'Datuk' Direman

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar 'Datuk' Direman

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar 'Datuk' Direman
Datuk yang juga pengarah syarikat berkaitan 1MDB dibawa keluar dari kompleks mahkamah selepas mendapat perintah tahanan reman di Putrajaya

Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia 54 tahun ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana syarikat pelaburan kerajaan itu.

Lelaki itu yang bergelar ‘Datuk’ ditahan reman selama lima hari oleh Majistret di sini.

Dia tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dan proses reman selesai dua jam kemudian.

Beliau merupakan individu kedua ditahan oleh pasukan petugas yang menyiasat isu 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata, suspek ditahan di sebuah pusat beli-belah pada petang Selasa dan dibawa ke ibu pejabat untuk disoal siasat.

Ahmad Sazilee berkata, suspek akan disiasat kerana menerima rasuah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Pada Selasa, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Putrajaya ditahan reman selama empat hari selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Satu pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah ditubuhkan untuk meneliti isu 1MDB.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Solidariti Rohingya bukan bermaksud buka pintu Malaysia kepada pelarian

Siapa Sakau!: “1MDB, wang haram yang jadi susu kerajaan Madani”

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami