Proaspirasi menang besar di UPSI

Proaspirasi menang besar di UPSI

pro-aspirasi-menang-besar-UPSI

TANJUNG MALIM – Calon Proaspirasi mendominasi kemena­ngan dalam pilihan raya kampus Uni­versiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung semalam.

UPSI dalam kenyataannya di sini berkata, keputusan tersebut menyaksikan calon Proaspirasi memenangi 23 daripada 29 kerusi yang dipertan­dingkan dan baki enam kerusi dimenangi calon Mahasiswa Pendidik.

Menurutnya, undian terbanyak diperoleh calon umum dari Proaspirasi, Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman yang meraih 4,813 undi.

“Proses pengundian di pusat-pu­sat pengundian juga secara e-undi dan berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Tepat pukul 8 pagi Pendaftar UPSI, Mohd. Faizi Othman yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa membuka sistem pe­ngundian secara e-undi di Dewan Be­sar KSAS,” kata kenya­taan itu.

Tambahnya, keadaan jerebu di se­kitar Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah juga tidak menghalang 7,684 pelajar iaitu 69.4 peratus un­tuk membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pe­lajar (MPP) tersebut.

“UPSI menyediakan 190 kompu­ter riba yang diletakkan di lapan pusat pengundian di kedua-dua kampus.

“Keputusan penuh diumumkan pada kira-kira pukul 5.50 petang oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

YPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB – Asyraf Wajdi

[VIDEO] Tragedi bas pelajar UPSI di Gerik: 15 maut, puluhan cedera

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami