KLUANG: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 44 tahun dari Taman Seri Impian ditahan pada Jumaat gara-gara menghina polis di laman media.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, wanita tersebut ditahan pada pukul 12.05 pagi di rumahnya di Jalan Seri Impian 1/12, Taman Seri Impian setelah memuat naik komen menghina di laman Facebook.
Telefon bimbit miliknya juga turut dirampas ketika ditahan.
“Wanita itu memuat naik kenyataan dengan mendakwa pihak polis memukul anaknya dan meminta wang daripada anaknya.
“Perbuatan wanita ini menimbulkan persepsi buruk orang awam terhadap pihak polis,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata anak wanita itu ditahan pada 29 November lepas kerana memiliki motosikal curi dan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Wanita tersebut kini direman selama tiga hari.