BERITAViral palsu bom meletup di Sungai Petani

Viral palsu bom meletup di Sungai Petani

Viral palsu bom meletup di Sungai Petani
ANGGOTA polis dari Unit Pemusnah Bom dari IPK Kedah memeriksa beg pakaian.

SUNGAI PETANI: Polis menafikan berlaku letupan bom daripada sebuah beg pakaian di tapak pasar malam Taman Ria Jaya, di sini, seperti yang tersebar sehingga menjadi ‘viral’ di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam Khamis lalu berhubung sebuah beg di tapak pasar malam itu dalam keadaan mencurigakan dan berkemungkinan ada bom.

POLIS menafikan berlaku letupan bom daripada sebuah beg pakaian di tapak pasar malam Taman Ria Jaya, seperti yang tersebar sehingga menjadi ‘viral’ di media sosial.

Sehubungan itu, katanya, sepasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah ditugaskan memeriksa beg pakaian terbabit.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, anggota unit itu mendapati tiada apa-apa dalam beg berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Md Zukir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang curiga dengan penemuan beg berkenaan.

“Pemanggil tidak kata ada bom, cuma curiga..,” katanya.

BEG pakaian yang dikatakan berkemungkinan ada bom.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MB Aminuddin, Boleh Tunjuk Proklamasi Pembubaran DUN Semalam? Jom Kita Baca Sama-Sama

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami