BERITAJENAZAH ADENAN DIBAWA KE TANAH PERKUBURAN SAMARIANG

JENAZAH ADENAN DIBAWA KE TANAH PERKUBURAN SAMARIANG

KUCHING: Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dibawa meninggalkan Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya di sini menuju ke Tanah Perkuburan Samariang, di sini.

Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengusung keranda ke dalam van jenazah pada 1.25 tengah hari untuk dibawa ke tanah perkuburan itu, kira-kira dua kilometer dari masjid berkenaan.

Orang ramai kelihatan berada di sepanjang laluan untuk terus memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Adenan, 72, yang hampir tiga tahun menjadi ketua menteri, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dekat sini pada 1.24 tengah hari semalam.

Terdahulu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai ribuan jemaah menunaikan solat jenazah selepas solat Zuhur di masjid berkenaan.

20170112-jenazah-adenan-dibawa-keperkuburan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami