Semalam Indeks pasaran Bursa Saham Malaysia ditutup tertinggi sejak 1½ tahun lalu iaitu sejak Ogos 2015 – naik 18.98 mata atau 1.11% kepada 1,727.36 mata.
Sejak 1 Januari, meningkat 5.22%. Berbanding yang terendah tahun lepas iaitu pada 23 Disember pada 1617 mata, kenaikan semalam lebih daripada 110 mata.
Dana asing telah menjadi yang paling aktif dalam menaikkan pasaran saham.
Pada bulan Januari, terdapat aliran masuk bersih RM418.8mil daripada dana asing.
Kemasukan dana asing dua kali ganda pada bulan Februari ialah RM955.5 juta aliran masuk bersih dan untuk 3 hari pertama bulan Mac semalam telah ada RM49.5 juta aliran masuk bersih dana asing.
Semasa Najib mengambil alih sebagai Perdana Menterj pada April 2009, indeks hanya pada 800+ mata. Kini ia adalah lebih daripada dua kali ganda.
Pada tahun 1998 di bawah Mahathir dan Anwar, pasaran saham kita jatuh 80% dalam tempoh setahun dari 1000 mata kepada kira-kira 200 mata. Itu baru lah krisis ekonomi yang sebenar.
Tetapi anehnya, kedua-dua Mahathir dan Anwar berkata Malaysia sekarang berada dalam krisis walaupun pasaran saham masih kuat dan tidak jatuh sehingga 80% dalam tempoh masa yang pendek seperti yang berlaku semasa pentadbiran mereka.
—-
Dana asing pembeli bersih ekuiti tempatan selama 4 minggu
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/03/06/dana-asing-pembeli-bersih-ekuiti-tempatan-selama-4-minggu/
Bursa Malaysia ditutup tinggi
http://www.bharian.com.my/node/256673?m=1