Tindakan saman Mohd Ridhuan Giman, 35, dan pasangannya Siti Sarah Maulad Abdullah, 27, terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum mencaci dan memaki Jawi.
Sewaktu itu, peguam yang mewakili mereka, Adam Luqman dan Yusfarizal Yussoff (gambar) tampil membuat kenyataan akhbar dengan menunjukkan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hampir semua media online seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malay Mail Online dan The Star Onlinememainkan berita ini dengan pelbagai tajuk dan sudut.
Netizen termasuk dari kalangan bukan Islam turut sama memperleceh dan mempertikai tindakan Jawi dan sehingga kini, komen-komen cacian tersebut masih boleh di lihat di media sosial.
Ada antara mereka yang mempertikaikan SOP Jawi sedangkan Jawi hanya bertindak selepas ada aduan di buat kepada mereka. Namun fakta sebenar, pasangan tersebut yang menelefon Jawi supaya menangkap mereka.
Tidak kurang juga netizen yang mengugut mahu menikam penguatkuasa Jawi, menembak dengan senapang dan tetak tangan hingga putus.
Selain itu, Jawi turut menerima pelbagai gelaran seperti anjing, bodoh, pundek dan bermacam lagi gelaran yang ada di dunia makian hari ini.
Apa yang paling dikesalkan, golongan bukan Islam berganding bahu dan bersatu padu memaki dan memperlekehkan Jawi dan agama Islam malah, turut di sokong oleh orang Islam.
Komen-komen di atas hanyalah secebis sahaja makian dan cacian yang diterima oleh Jawi. Apa yang menjadi persoalan sekarang, apakah motif pasangan tersebut membuat aduan palsu dan membuat provokasi sehingga tercetusnya idea untuk menyaman Jawi kononnnya tersalah tangkap dan tidak mengikut SOP.
Jika tujuannya supaya Institusi Islam di Malaysia di pandang hina, maka TAHNIAH, anda telah berjaya melakukannya dengan begitu hebat sekali.
Jika di imbas kembali, berapa kerat sahaja orang Islam di Malaysia bangun mempertahankan tindakan Jawi. Ramai yang hanya melihat saat agama Islam di hina sebegitu rupa.
Di harap kes aduan palsu ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua. Jangan cepat menghukum agama sendiri sedangkan di luar sana, terdapat gerakan yang tanpa jemu mahu menghapuskan Islam dan Institusinya di bumi Malaysia ini.
Bangkitlah bersama mempertahankan sistem perundangan Islam di Malaysia ini kerana usaha membina sistem yang kita ada sekarang ini bukanlah mudah.
– – – – – – – – –
Sumber:
https://sahabatsyarie.wordpress.com/2018/03/14/imej-jawi-tercalar-angkara-aduan-palsu-pasangan-kontroversi/