Terbaru SUA PAS mengaku ada beri surat contoh kepada Tun Mahathir. Sama ada ia membawa maksud tidak akan bantu BN dalam PRK Semenyih tidak dapat dipastikan.
Surat contoh ini mesti berharap timbal balik. Kita tidak tahu apa. Tapi saya syak ia membabitkan pembayaran royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan.
Ia bukan satu perjanjian atau aku janji seperti yang cuba digambarkan oleh Mahathir. Sehingga kini ia sekadar contoh perjanjian.
Malang nasib Pas, Tun Mahathir bukanlah seorang yang berpegang kepada kerahsiaan dan kejujuran perbincangan. Kepada beliau matlamat menghalalkan cara.
UMNO tidak perlu gundah gulana. Ia tidak timbul soal Pas mengkhianati UMNO. Ini adalah politik, maka Pas pun perlu melihat pelbagai pilihan.
UMNO juga pada suatu masa akan datang mungkin membuat keputusan bertentangan dengan keadaan sekarang.
Apa yang penting jentera BN bekerja keras menarik pengundi. Jangan marah, herdik atau mencerca Pas. Mereka semua ada undi dalam PRK ini.
Dalam PRK jangan menambah musuh. In sha Allah penyokong PAS akan undi calon BN dalam PRK ini.
#UndiBarisanNasional
#BuktiBukanSekadarJanji
…………..
Rujukan:
Saya hanya bercakap benar – Dr Mahathir
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/531825/saya-hanya-bercakap-benar-dr-mahathir
#PRKDUNSemenyih: Mahathir mengalami krisis kepercayaan (trust deficit)
https://pakdin.my/prkdunsemenyih-mahathir-mengalami-krisis-kepercayaan-trust-deficit/
#PRKDUNSemenyih: PAS berjanji secara bertulis tak sokong UMNO, kata Mahathir
https://pakdin.my/prkdunsemenyih-pas-berjanji-secara-bertulis-tak-sokong-umno-kata-mahathir/
#PRKDUNSemenyih: Melayu bodoh yang berkuasa di Tabung Haji gagal menjaga kepentingan Islam
https://pakdin.my/prkdunsemenyih-melayu-bodoh-yang-berkuasa-di-tabung-haji-gagal-menjaga-kepentingan-islam/
Mahathir kumpul kekuatan untuk kekal sebagai PM 5 tahun
https://pakdin.my/mahathir-kumpul-kekuatan-unruk-kekal-sebagai-pm-5-tahun/
https://pakdin.my/tag/mahathir
…..
Laporan PRK DUN Semenyih
https://pakdin.my/tag/prk-semenyih