BERITABangunan Mardi terbakar, tiada kemalangan jiwa

Bangunan Mardi terbakar, tiada kemalangan jiwa

Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Seri Kembangan, Serdang terbakar lewat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 6.50 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Cyberjaya, BBP Bangi dan BBP Kajang.

“Kejadian membabitkan tingkat dua bangunan yang hanya menempatkan ruang pejabat.

“Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian makmal penyelidikan yang mengandungi pelbagai bahan kimia,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

Menurutnya, anggaran keluasan kebakaran adalah 432 meter persegi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, tiada pekerja berada di dalam bangunan dua tingkat itu yang menempatkan bahagian pejabat dan makmal penyelidikan ketika kebakaran berlaku. — Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami