26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Agong Tolak Cadangan Mahathir Lantik Bukan Melayu, Islam Sebagai Peguam Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.

Menurut portal The Malaysian Insight, Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak cadangan nama tersebut.

“Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

“Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.

Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, 10 hari lalu.

https://pakdin.my/tag/peguam-negara
https://pakdin.my/tag/agong
https://pakdin.my/peguam-ching-peng-hendak-dilantik-sebagai-peguam-negara/
https://pakdin.my/10-sebab-kenapa-tommy-thomas-tidak-sesuai-dilantik-sebagai-peguam-negara-pegawai-eksekutif-iksim/

Berita Berkaitan

Komen

  1. Memang la tak ade dlm perlembagaan ckp peguam negara kena Melayu/ Islam, tp kan salah 1 tugas dia adalah menasihati agung hal2 berkenaan shariah.. hai… melayu melayu… langsung tak fikirkan agama n bangsa sendiri… macai2 die siap sokong lagi… huh…

  2. Sorry Min… nk share sikit… CnP fr group lain:
    JANGAN MELAMPAU SANGAT!

    Pihak tertentu diingatkan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga berani menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum di negara ini.

    Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan diraih pada PRU14 tidak boleh dijadikan sebagai ‘tiket’ untuk berbuat sesuka hati.

    “Betul (mereka) dah menang, tapi jangan melampau sangat. Kita mempunyai garis sempadan yang selama ni dihormati. Kita pun tak usik orang lain.

    “Jadi jangan usik agama Islam dan jangan persoalkan status orang Melayu. Kalau terus diperkotak-katikkan, dikhuatiri akan timbul perasaan tak puas hati,” katanya.

    Menurutnya, kenyataan dikeluarkan secara terbuka atau melalui media sosial perlu dibuat lebih berhati-hati untuk mengelakkan perkara yang akhirnya sukar untuk dibendung.

    “Banyak dah kita lihat dan baca, ada kenyataan yang sungguh biadab mempersoalkan status orang Melayu dan agama Islam di tanah air.

    “Nanti kalau orang Melayu marah dan hilang sabar, kita akan berada dalam keadaan yang susah nak dibayangkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Khatam al-Quran Perdana anjuran Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti NS) di bangunan NSWO, di sini, semalam.

    Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf 2.0) menuntut kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka bagi semua kaum.

    Selain itu, kerajaan melalui sejumlah ilmuwan dan cendekiawan Islam akan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang atau dikembalikan kepada tujuan asal penubuhannya.

    Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/jangan-nak-melampau-sangat-1.841879

  3. Ketepikan perbezaan fahaman politik, bersatulah mempertahankan kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara tercinta ini. Kalau bukan kita mempertahankannya tidak mustahil di kemudian hari kitalah pengemis di negara sendiri. Ambil iktibar dari kemelut yang melanda saudara kita yang berperang sesama saudara di serata dunia, lihat kesan yang perlu mereka hadapi sekarang. Renungkanlah, fikirkanlah dengan hati dan mata yang terbuka sebelum nasi menjadi bubur!

  4. Kan dh mendapat.. Hmmmmm
    Atuk Hj Kutty ni bukan melayu daaaa.. Dia ni dh ala ala ibarat PM Yahudi….. In Shaa Allah, mmg xkn lama Malaya ni menjadi Malaysia.. Perlembagaan mmg boleh d ubah sb ianya hanya d cipta oleh Manusia kan… So xkn ade kemustahilan akan bertukar kpd Republik of Malaysian.. Betul agaknya kata2 Wan Zie yg viral kelmarin.. 2030,Malaysia akan menjadi negara Rebublik.. Maybe jika d lihat spt nie, maka berkemukinan besar lps Raya ni akan terlaksanalah….
    #DaulatTuanku
    #Rindu13May69
    #Hatidhmulamembara

  5. Pabila perubahan berlaku , INI lah yg kita hadapi , pekara ini telah di duga boleh DSN pasti berlaku . Tapi rakyat x nampak . sekarang sedikit demi sedikit hak melayu nk di lenyapkan boleh orang melayu juga

  6. BILA ASKAR PENCEN BERSUARA, TERSENTAK JIWA… ?

    Ada yang cakap,bagus JASA,SPAD dan JKKP dibubarkan kerana membazirkan wang kerajaan.Ia ada benarnya,tapi terfikirkah kalian kenapa kerajaan sebelum ini mewujudkan badan-badan tersebut ?Untuk makluman kepada semua,badan-badan itu sengaja diwujudkan bagi memberi lebih ruang untuk orang melayu bekerja.Ada kalian lihat yang kerja seperti di atas dari kaum lain ?

    Itulah agenda melayu daripada sekian banyak badan-badan yang diwujudkan itu.Tak semua hal perlu kita hebahkan,dan berhentilah daripada syak wasangka buruk.Kerana adakala kebaikan dan pembelaan terhadap bangsa kita tak perlu diwar-warkan.Namun tahukah kalian semua betapa kaum lain amat irikan segala keperluan dan bantuan yang disediakan di atas nama melayu.

    Membazirkah kerajaan sebelum ini menyediakan 17 ribu peluang pekerjaan secara kontrak kepada mereka-mereka yang telah dibuang ini.Luaskan pemikiran untuk bangsa melayu kita,di sebalik 17 ribu orqng itu sudah tentu ada rantaian tanggungan tiap orang dari mereka.Alangkah sedihnya dikala ramadhan yang mulia ini dan tidak lama lagi aidilfitri bakal tiba.Bagaimana nasib mereka,kemana untuk mereka bergantung harap.

    Disebalik kesedihan mereka ini,sudah tentu berita gembira pada satu kaum lagi,mereka gembira kerana telah dapat merobek akan kepentingan umat melayu di negara ini.Jangan kita terkejut jika TEKUN,MARA,PNB,MRSM,KEMAS dan apa saja kepentingan melayu akan diruntuhkan satu persatu atas nama kesamarataan.

    Jika sebelum ini Kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya dipenuhi mejoritinya melayu,selepas ini akan dipenuhi oleh bangsa yang amat mengidamkan negara ini.Bermula dari kerani,Sus,Supol dan Ksu akan dipelopori oleh mereka ini.Jika dulu bangsa ini yang meminta kepada pemimpin-pemimpin kita,usah hairan hari ini kita melayu pula yang akan meminta-minta dengan bangsa mereka.

    Lihat bahagian kewangan negara sudah cukup.Wang kita bangsa lain yang kendalikan.Usah bicara soal kesamarataan,adil dan saksama.Sudah pasti kelebihan kepada bangsa mereka.Kita hanya akan boleh yang asas sahaja,itu pun sudah semestinya dibahagi sama rata.Sedangkan yang tidak kita tahu semestinya lebihnya bangsa mereka.

    Seburuk-buruk melayu biarlah melayu,kerana akan dapat kepada melayu yang lain juga.Inilah yang dikatakan :-

    “Tergadai segala harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ketangan yang lain
    Pribumi menangis sendiri

    *MEJAR Wan Norshahid Zainol(B)

  7. APA nak buat generasi sekarang mereka berjuang dgn ujung jadi je , klu orang dulu guns tenaga , tebalkan muka . Sekarang Kat Facebook je dah boleh jayuhkan kerajaan . klu dulu perang siapa menang

  8. Hahahaaaa tiada AG xboleh dakwa najib. Itu yg korang mahukan dedakian. Rakyat takkan biar najib terlepas. Puak dedak tolong jgn guna isu perkauman konon negara tergadai. Siapa yg gadai negara. Please lah cerdik celik sikit. Yg najib pkai peguam import tu korang bisu pulak.
    Tuanku dah setuju pun lantik Tommy.
    Semoga penyamun negara berjaya disabit bersalah.

  9. Puak2 cerdik pandai ni….tolak Madey lah..tolak AG lah…tolak PH lah…mcm nilah hangpa buat resume ckp hangpa layak jd PM…AG…menteri2 or MP senang…tgk smua bijak bistari bg komen…mgkn layak jd pentadbir msia !!!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.