Bekas MB Selangor, Tan Sri Abu Hassan meninggal dunia - pakdin.my

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Kemuning sebentar tadi, dipercayai akibat masalah jantung.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khasnya, Datuk Mohamad Isa Ishak, ketika dihubungi.

“Ya, Tan Sri sudah meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 8.05 malam tadi, jenazah masih lagi di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Kota Kemuning sebentar lagi,” katanya.

Katanya beliau diberitahu, Abu Hassan pada petang tadi mengadu sesak nafas serta sakit di bahagian dada dan kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini oleh menantunya untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, pada jam 8.05 malam tadi doktor yang merawatnya memberitahu beliau sudah meninggal dunia,” katanya.

Abu Hassan adalah Menteri Besar Selangor yang ke-12 dan memimpin negeri itu pada 1997 sehingga 2000 dan juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. Anak ketiganya, Mohd Hasri, meninggal dunia pada 2014 akibat serangan jantung di rumahnya.

 

UTAMABERITABekas MB Selangor, Tan Sri Abu Hassan meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium