32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Felda: Peneroka bengang kerajaan lewat bayar ‘gaji’

#KERAjaanTomato #JanjiMunaPHik

Kerajaan didakwa gagal membayar wang saraan hidup atau ‘gaji’ kepada peneroka Felda yang kini lewat memasuki dua minggu.

Ahli Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Nasaie Ismail mendakwa peneroka sepatutnya menerima wang tersebut selewat-lewatnya pada tarikh 25 hari bulan pada setiap bulan.


“Pokoknya semua masalah ini dilakukan oleh siapa pun, ia berlaku di bawah pemerintahan baharu. Felda mengalami masalah kewangan yang tenat, hutang berjumlah hampir RM9 bilion dan sudah cukup matang untuk dibayar hutang-hutang tersebut.

“Peneroka pula menerima wang saraan hidup lambat yang tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan lalu. Jika peneroka yang bergantung sepenuhnya hidup kepada wang tersebut, ia sangat menyeksakan untuk perbelanjaan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nasaie turut menjelaskan aduan mengenai kelewatan pembayaran tersebut telah diajukan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab. Ghani Mohd. dan pengarah-pengarah kanan yang lain sebanyak tiga kali.


Namun, katanya, tiada jawapan yang tuntas dijelaskan oleh mereka.

“Kami dimaklumkan oleh Setiausaha MPNF bahawa surat dan pemakluman sudah dihantar kepada menteri yang berkaitan Felda untuk bertemu. Namun sudah lebih dua minggu tiada jawapan diberikan.

“Maklumat yang sampai kepada kita, Felda tidak ada wang untuk membayar gaji peneroka sehinggakan terpaksa meminjam lagi dengan pihak-pihak yang lain. Itu khabar yang kita dengar,” katanya.


…………..
Rujukan:

https://pakdin.my/tag/felda

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan