FTSE Russell bakal keluarkan Malaysia dari indeks Bon Dunia

Beberapa hari yang lalu FTSE Russel mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mungkin akan mengeluarkan Malaysia daripada Indeks Bon Dunia.

Bagaimana indeks ini berfungsi?

Indeks ini dibentuk berdasarkan saiz bon sesebuah negara di dalam pasaraan bon. Sebelum ini Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah bon yang besar, oleh sebab itu Malaysia dimasukkan ke dalam komponen Indeks Bon Dunia.

Bila mana ada negara yang lebih besar saiz bonnya akan dimasukkan ke dalam indeks, Russel akan menilai semula kesemua negara dalam indeks dan Rusell akan memiilih negara paling kecil ‘exposure’nya untuk dikeluarkan dan pada masa kini negara itu adalah Malaysia.

Negara mana yang akan digantikan dan dimasukkan ke dalam indeks tersebut? China. Hal ini kerana apabila China mula membuka sistem ekonomi mereka, mereka harus dimasukkan ke dalam indeks atas sebab yang sangat jelas iaitu saiz ekonomi China yang lebih besar.

Apakah implikasinya kepada Malaysia?

Ada sesetengah pelabur bon yang membeli bon mengikut indeks, berdasarkan pemberatnya. Jika sesuatu bon itu membawa pemberat yang besar, maka pelabur bon akan beli dengan jumlah yang banyak. Dan jika bon tersebut membawa pemberat yang kecil, maka pelabur akan beli sedikit sahaja.

Jadi apabila bon tersebut dikeluarkan daripada index, pelabur-pelabur akan lepaskan pegangan mereka (jika ada) atau dia tidak akan melabur dalam bon tersebut. Selain itu, pelabur juga melihat kepada liquidity sesebuah pasaran. Mereka mencari pasaran yang besar saiznya serta mudah dicairkan.

Jika berlakunya penjualan besar-besaran terhadap bon Malaysia, ia akan memberi kesan kepada kadar tukaran wang kita yang mana akan menyebabkan Ringgit semakin melemah.

Menurut penganalisa daripada Maybank, Malaysia berhadapan risiko pengeluaran dana berjumlah sekitar USD6-8 bilion bersamaan RM24-33 bilion jika FTSE Rusell mengeluarkan Malaysia daripada Indeks Bon Dunia. Pelabur bond sudah mula melepaskan pegangan mereka sedikit demi sedikit didalam pasaran bond Malaysia apabila berita ini keluar dan kita menjangkakan penjualan besar-besaran akan berlaku sekiranya FTSE Russel benar-benar mengeluarkan Malaysia daripada World Bond Index. Keputusan mengeluarkan Malaysia daripada World Bond Index dijangka akan keluar pada bulan September 2019 .

Selain itu, kadar yield juga mungkin akan naik di mana perkara ini bakal memberikan kesan kepada kerajaan untuk berhutang di masa hadapan. Kadar pembayaran hutang akan meningkat seterusnya menyebabkan kerajaan kekurangan wang. Tambahan lagi Malaysia telah menghapuskan GST yang menjanjikan pendapat yang lebih stabil dan kembali bergantung kepada hasil minyak yang mana terdedah kepada risiko turun naik.

Isu ini sangat serius di mana ia bakal memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan untuk menangani isu ini dengan berhemah.

Melihat semula kepada sejarah, perkara ini pernah terjadi kepada Malaysia sebelum ini ketika zaman PM-4 di mana exposure dalam indeks ekuiti SEA dikurangkan daripada sekitar 25% kepada 3%. Kenapa perkara ini terjadi? Kerana negara sekitar mula membuka ekonomi mereka dan negara mereka dimasukkan ke dalam indeks.

Apa yang boleh dilakukan kerajaan adalah membesarkan lagi saiz pasaran bon Malaysia. Kerajaan perlu menghentikan permainan naratif hutang kerajaan yang terlalu tinggi yang mana ianya memberi gambaran bahawa kerajaan tidak lagi mahu berhutang di masa hadapan.

Selain itu, kerajaan juga perlu menambah baik sumber pendapatan kerajaan supaya pelabur melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk membayar semula hutang mereka. Sistem percukaian GST yang mampu menjana sekitar RM40 bilion setahun perlu diperkenalkan semula.

Akhir sekali, kerajaan juga perlu berusaha meyakinkan pelabur untuk melabur dalam negara dengan memberikan gambaran positif kepada pelabur. Bukanlah sibuk mencari salah kerajaan lama, menjaja isu hutang RM1 trilion atau menyatakan kemungkinan berlakunya coup d’etat yang akan menakutkan para pelabur.

Rujukan:
1. Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus
https://pakdin.my/ekonomi-negara-jatuh-berbanding-kebanyakan-negara-dunia-kerana-salah-urus/

2. Malaysia faces up to RM33b outflow risk if bonds dropped from global index, says Maybank Kim Eng – The Edge Markets: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-faces-rm33b-outflow-risk-if-bonds-dropped-global-index-says-maybank-kim-eng

3. Malaysia Balance of Payments: Bank Negara Monthly Statistical Bulletin: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2019/2/xls/3.6.xls

4. The World’s Worst Major Stock Market Is Really, Really Boring
https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally

5. Malaysia’s Stock Market Is Asia’s Only Loser of 2019 – Bloomberg
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-03-11/politics-sent-malaysia-stocks-up-now-u-turns-as-doubts-emerge