28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Hidup Peneroka Felcra terumbang-ambing dibawah kerajaan Pakatan Harapan

Bukan lagi rahsia para peneroka hidup dalam keadaan tertekan sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Negara. Nikmat dan kesenangan yang mereka rasai sebelum ini bagai direntap dari kehidupan mereka.

Malah Tun Daim Zainuddin yang Mahathir lantik sebagai anggota Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan dilihat turut gagal membantu peneroka. Jika benar beliau hebat, mengapa keadaan hidup peneroka yang dahulunya mewah kita hampir papa kedana apabila Malaysia ditadbir kerajaan Pakatan Harapan? Sepatutnya Daim menjadikan hidup peneroka yang sedia mewah menjadi kaya raya bukan sebaliknya.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan penangguhan pinjaman bantuan sara hidup peneroka FELCRA Berhad (FELCRA) akan diselesaikan dalam tempoh terdekat. Untuk makluman penangguhan sementara pinjaman sara hidup telah bermula sejak Ogos 2018 lagi dengan alasan kedudukan kewangan semasa yang lemah.

Rakyat perlu tahu bahawa semasa Barisan Nasional (BN) berkuasa, pertumbuhan ekonomi, pasaran saham dan penciptaan kerja berjalan dengan baik. Mereka tidak ada masalah kerana Negara telah benar-benar pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia 2008-2009 dan selepas itu kejatuhan harga minyak 2014-2016. Oeh itu, dakwaan Mohd Radzi kononnya kejatuhan harga komoditi dan cabaran legasi yang diwarisi daripada pengurusan terdahulu punca masalah ekonomi negara dilihat sebagai tidak benar.

Malah jawapan beliau yang menyalahkan pembinaan Menara Felcra bagi menjawab soalan dari Ahli Parlimen BN berhubung kegagalan Felcra membayar kos sara hidup kepada pesertanya seperti yang diamalkan pentadbiran dulu, menimbulkan banyak persoalan.

Kerana, jika berdasarkan kepada fakta-fakta dibawah, kegagalan ini tidak seharusnya berlaku

1) Sepanjang tempoh dari 2013 sehingga 2017, dividen diberikan kepada peserta dari tahun;
2013 – 307 juta
2014 – 319 juta
2015 – 236 juta
2016 – 352 juta
2017 – 299 juta


2) Aset Tanah Felcra bertambah lebih dari 3000 Ha dari 2016 – 2018

3) Unlock aset projek Semarak dari 120 juta nilai tanah kepada RM 1.1 billion nilai pembangunan kasar sedangkan bayaran kepada kontraktor hanya RM 180 juta lebih. Disamping itu, pihak bank MBSB telah luluskan pinjaman sebanyak RM 300juta. Sekiranya kerajaan PH tidak menyekat warga asing untuk membeli hartanah dibawah program Rumah Kedua, apartment telah terjual dan jadi hub komersial yang berdaya maju.

4) Jika sekiranya pengurusan baru faham tentang pembangunan projek hartanah, ianya boleh dijual tanpa ada masalah, kerana lokasi yang strategik, tetapi kerana pengurusan baru yang lemah, apartment dan lot komersial di Menara Felcra, Jalan Semarak belum terjual lagi sehingga menyebabkan keupayaan Felcra Property ini membayar balik pendahuluan dari Felcra telah ada masalah akibat kelemahan pengurusan baru dalam bidang hartanah.

5) Projek perumahan di Seberang Perak yang telah siap lebih dari setahun, belum terjual akibat kelemahan pengurusan Baru, sedangkan ia mampu menjana pendapatan sebanyak RM130 juta.

6) Wang tunai di Felcra Permodalan sebelum pertukaran kerajaan, adalah sebanyak RM 130 juta, mana pergi semua wang itu sekarang?

Akibat dari kelemahan melampau kerajaan Pakatan Harapan menguruskan Felcra maka peserta kini terpaksa menanggung akibatnya. Kegagalan mereka memberikan bantuan sara hidup dan dividen yang rendah kepada peserta Felcra bukan kerana pembinaan Menara Felda. Sikap “Bangau Oh Bangau” menjadi punca semua permasalahan tersebut. Dalam Pakatan Harapan kini ia menjadi racun dalam pentadbiran mereka. – My-TV.online

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan