Home / :: BLOG :: / Jangan Terpedaya Dakyah Pembangkang Banding Pelabuhan Hambantota Sri Lanka Dengan ECRL

Jangan Terpedaya Dakyah Pembangkang Banding Pelabuhan Hambantota Sri Lanka Dengan ECRL

1. Terdapat propaganda baru-baru ini dari pihak pembangkang menggunakan isu pajakan 99 tahun pelabuhan Hambantota kepada syarikat China yang diberikan oleh kerajaan Sri Lanka untuk mengurangkan hutang mereka daripada China – dan seterusnya mendakwa bahawa ini adalah risiko terhadap kedaulatan negara kerana kapal perang China mungkin berlayar di sana.

2. Pakatan mendakwa projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) mungkin mengalami nasib yang sama kerana melibatkan pinjaman dari China.

3. Perbandingan sedemikian mungkin menakutkan mereka yang kurang berpengetahuan tetapi apabila anda memahami perbezaan, anda akan ketawa terhadap propaganda mereka.

4. Kapal perang Cina tidak akan berlayar di ECRL kerana buat masa ini tidak wujud pun ‘keretapi perang’ yang akan melalui landasan dan oleh itu tidak ada apa yang perlu ditakuti.

5. Juga, apa yang tidak ditekan oleh penyokong Mahathir ialah pelabuhan itu adalah pajakan 99 tahun kepada Cina – bukan perpindahan pemilikan secara kekal. Ini tidak jauh berbeza dengan Mahathir yang menyewa 54,000 ekar tanah di Johor kepada Singapura selama 72 tahun dalam perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1990.
Lihat sini: http://pakdin.my/tanah-trx-tak-sama-dengan-tanah-di-johor-yang-mahathir-dah-gadai/

6. Tetapi tidak ada yang menuduh Mahathir “menjual negara” ketika itu.

7. Kedua, pelabuhan Hambantota itu sendiri adalah projek gajah putih gergasi dan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sri Lanka yang gagal untuk membangun sebuah bandar yang baru bernama Hambantonta di wilayah Hambantota.

8. Kerajaan Sri Lanka memberitahu bahawa penduduk Bandar Hambantota adalah seramai 11,200 orang pada tahun 2001. Anggaran terkini mungkin menunjukkan seramai 50,000 orang yang tinggal di sana sekarang. Malah Kepong mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Hambantota.

9. Lihat Peta Google terkini untuk melihat betapa kecilnya tempat itu.

10. Selain pelabuhan, kerajaan Sri Lanka juga membina Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di sana dan biasa dipanggil lapangan terbang antarabangsa yang paling sepi di dunia.
https://www.cnbc.com/2017/12/13/india-and-china-rivals-compete-for-control-of-empty-sri-lanka-airport.html

11. Itulah sebabnya pelabuhan Hambantonta berhempas pulas untuk menarik mana-mana kapal atau trafik – menjadikannya satu usaha yang membawa kepada kerugian yang besar setiap tahun.

12. Di samping itu, kerajaan Sri Lanka terperangkap dengan hutang kerana mereka mempunyai nisbah hutang kepada KDNK setinggi 86.9% berbanding 50.7% bagi Malaysia.

13. Tetapi apa yang menjadikannya berkali ganda lebih buruk bagi Sri Lanka ialah 43% daripada hutang mereka didenominasikan dalam mata wang asing berbanding hanya 2.5% untuk Malaysia.

14. Memandangkan 97.5% hutang kerajaan Malaysia dibuat dalam Ringgit dan kita mengawal Ringgit, kita tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Sri Lanka.

15. Rizab FOREX Sri Lanka iaitu pada AS$5.12 bilion pada Mac 2017 berbanding AS$102.2 bilion yang dimiliki oleh Malaysia.
Lihat sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4566&lang=bm

16. Di samping itu, Sri Lanka mengalami defisit bagi kedua-dua perdagangan dan defisit akaun semasa berbanding dengan lebihan (surplus) yang dinikmati oleh Malaysia – oleh itu Sri Lanka akan menghadapi masalah meningkatkan rizab FOREX mereka

17. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL RM55bil tidak semestinya tinggi jika mengambilkira bahawa ia akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun dan mengambil kira saiz ekonomi Malaysia ialah RM1.3 trilion sekarang.

18. Malah, Petronas sahaja mempunyai baki tunai sebanyak RM129 bilion hari ini manakala KWSP mempunyai RM780 bilion – bermakna Malaysia lebih daripada mampu membiayai projek ECRL tanpa bantuan asing jika mahu.
http://pakdin.my/keuntungan-dan-tunai-petronas-meningkat-kalau-zaman-mahathir-dah-kena-samun-bagi-kroni-dan-keluarga-sendiri/

19. Oleh itu, secara mudahnya, kita tidak boleh dijadikan perbandingan antara keadaan Sri Lanka dengan pelabuhan Hambantota dan projek ECRL negara.

20. Janganlah terpedaya oleh hasutan pembangkang.

Eric See-To.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

22 comments

  1. Junaidah Sulaiman

    Klu aku tak.payah dakyah pakai apa pun. Hari2 lalui keadaan ekonomi sekrg pun dah cukup.

  2. Afzai Hellmie

    Aah la, perit btul hidup akak junaidah ni kat fb, tgk bnyk btul kesengsaraan dia…boleh mintak brim…#brim

  3. Sharifah Shaliza Sharifah Shaliza

    Plzz Approo Acc F.B Saya..
    F.B lama saya tak dapat lagi dikesan..
    Ini Acc F.B baru saya

  4. Mohamed Zuhri Amir

    Nk jdi penipu pn kne lh gi kursus dulu??

  5. ZaidZain Al-barr

    Sy lbih percaya kn pembangkng dpd kamu.. contohnya.. apa yg kamu dedah brkenaan tun mahadthir.. pmbangkng trlbih dulu bongkarkn.. tpi pd ms tu kamu lh yg menafikn spt apa yg kamu nafikn skrg.. klu sy boleh nilai siapa yg benar siapa yg bohong.. knapa tidak org lain.. mgkn spt saya.. bye2 ummonoo..

  6. Mohd Zakri HJ Ahmad

    Banyok puloh dakyag fitnoh pembangkang ni…tak takot dosa…mngkin bvk islam yg tabur fitnoh tu….puok2 hli neraka

  7. Slow Handz

    u r right bro.. yg backup mahatir pun dulu org umno jugak..

  8. ZaidZain Al-barr

    Sememangnya engkao poun lgi bonggok. .

  9. ZaidZain Al-barr

    Apakah cagaranya proton petronas kwsp.. memandangkn hmpir separuh saham proton dh dimiliki oleh china..

  10. Muhammad Farhan Hans

    Malah, Petronas sahaja mempunyai baki tunai sebanyak RM129 bilion hari ini manakala KWSP mempunyai RM780 bilion – bermakna Malaysia lebih daripada mampu membiayai projek ECRL tanpa bantuan asing jika mahu.
    http://pakdin.my/keuntungan-dan-tunai-petronas-meningkat-kalau-zaman-mahathir-dah-kena-samun-bagi-kroni-dan-keluarga-sendiri/

    Petikan dari ayat ni macam makan diri dan tunjukan kebodohan jerr..asal tak pakai jer duit nii..kalau alasan bg dana untuk projek lain maknanya tak mampu la tu…mak saya cakap bodoh jgan tunjuk nnt malu kat orang…?

  11. Slow Handz

    shàmsuri kamaruddin… hahahahaha..
    perkara yg jelas… aku nak tanya kalau kau org BN mesti kau dulu backup mahatir kan..kannnn… melayu mudah lupa

  12. ZaidZain Al-barr

    Slow Handz. jgn mrh sngt.. merajuk plak Shamsuri Kamaruddin. dia pun ada prinsip..prinsipnya.. di mana dedak ditabur.. disitulah ayam dtg beterabur..

  13. Adnan Abdullah

    Hujah anda longgar dan lemah.

    NOT CONVINCING.

  14. Jozie Rizal Osman

    Dari segi keperluan terdesak. Rasanya tak perlu lagj ecrl tu. Dari segi sosial pun rasanya belum perlu lagi. Ini mungkin dari segi terdesak nak pakai duit kot..m

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.