Kapal Mewah Jho Low dirampas – Apa kisah sebenarnya

Sebenarnya ia adalah suatu perkembangan positif. Biarlah proses perundangan dipercepatkan supaya terbukti kebenaran di pihak siapa.

Kita hanya tahu serba sedikit menerusi laporan media terutama laporan Sarawak Report yang kita tahu sejak awal lagi seolah telah memberi gambaran bahawa DS Najib adalah dalangnya walhal saman DOJ tersebut tidak menamakan DS Najib dan sehingga timbulnya isu kapal layar Jho Lo dirampas ini ianya bukti jelas bahawa semuanya masih dalam siasatan dan sehingga sekarang tiada keputusan mahkamah diputuskan berkaitan penglibatan individu-individu yang dinamakan dalam saman tersebut termasuk Jho Lo.

Pada Ogos 2017, pihak Red Granite sendiri mahu mempercepatkan proses undang-undang bagi membersihkan nama dan mempersoal tindakan DOJ menangguhkan tindakan sivil mereka.

“Red Granite Pictures Inc has joined other parties in questioning the move of the United States Department of Justice (DoJ) to put on hold civil forfeiture lawsuits against assets purchased with funds allegedly embezzled from 1MDB.”

“In the event that a negotiated resolution is not imminent, however, Red Granite has a strong interest in clearing its name promptly,” the company stated in a brief opposing the delay, according to the showbiz industry publication.

Isu yang sering dimainkan oleh media pro pembangkang seperti Sarawak Report, Malaysiakini dan Malaysian Insight khususnya ialah kapal layar mewah bernilai AS$260 juta milik Jho Low itu didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Biarlah DOJ siasat berasaskan kepada laporan Sarawak Report tersebut dan tunggu akan ‘kebenaran’ laporan Sarawak Report.

Bagaimanapun 1MDB sejak awal dan konsisten sehingga sekarang berulang kali menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Oleh itu, jika satu hari nanti DOJ mahu memulangkan semula ‘wang’ tersebut sebagaimana yang sering dinyatakan oleh mereka , 1MDB tidak boleh menerimanya kerana tiada wang mereka yang hilang.

Hanya International Petroleum Investment Company (IPIC) syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang mendakwa bahawa wang mereka hilang. Maka sepatutnya ia adalah siasatan berkaitan IPIC, yang secara khususnya terarah kepada Khadem Al Qubaishi yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC yang turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny yang turut dinamakan dalam saman DOJ.

Lebih menarik 1MDB dan IPIC telah pun mencapai persetujuan penyelesaian dan 1MDB setakat ini telah pun melaksanakan obligasinya dalam memenuhi terma dan syarat perjanjian persetujuan tersebut.

Bertambah menarik sehingga sekarang pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda tidak pernah dipanggil atau dihubungi DOJ untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan bahawa 1MDB adalah mangsa yang telah kehilangan wang.

Apa yang perlu difahamkan DOJ bertindak kerana kononnya aktiviti jenayah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, yang melibatkan wang AS , bank AS dan hartanah di AS.

Jadi, tiada ada yang pelik tentang perkembangan terbaru ini kerana sebelum ini dilaporkan sebahagian aset lain turut dirampas dalam tuntutan DOJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.

Pada Jun 2017 Mahathir sendiri berkata:

“..Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia.”

http://pakdin.my/rampasan-kapal-mewah-jho-low-tiada-kaitan-1mdb/

Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/30/red-granite-opposes-delay-in-doj-suits-over-1mdb-linked-assets/
https://m.malaysiakini.com/news/413821
https://www.themalaysianinsight.com/s/2044/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/5269/

Sumber asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1792073947477885&id=100000258912758

53 KOMEN

  1. DOJ berani dedah 100% dgn hitam putih, tarikh, nama dan tandatangan dengan begitu terperinci.

    Siap dgn tarikh , jumlah wang dan barang apa yg dibeli dan kepada siapa diberi, siap ada tanda tangan pada 15/6/17.

    Pihak swiss dah menyita rm400juta..

    Pihak dari indonesia dan fbi telah pun menahan kapal jolo…

    Kalau apandi,keruak,jolo,mo1dan isteri mo1 kata ia adalah fitnah, senang ja, ambil surat setebal 251 halaman ini dakwa balik dimahkamah, tunjukkan dan buktikan kamu ni difitnah.

    Tetapi kamu hanya diam, membisu,menafi dgn mulut. Ini tak boleh diterima pakai.

    Jikalau ada pihak berjaya tunjuk bukti, maknanya dituduh harus buktikan dgn hitam putih bahawa ia adalah palsu.

    Jadi keluarkan penyataan dan bandingkan dgn tarikh urusan dalam laporan DOJ,

    Kalau ia tiada dalam penyata bank jolo dan mo1 dan 1mdb.

    Maka ia adalah tuduhan palsu, jolo,mo1 pula boleh saman DOJ dgn berbilion bilion kerana tanggung malu, cemar reputasi.

    Tetapi semua agensi kerajaan dan semua hanya kata ini semua tak benar,
    Dan kata DOJ ada agenda nak jatuhkan mo1.

    Rakyat malaysia cukup berterima kasih kepada DOJ kerana berjaya bongkarkan rahsia perbuatan terkutuk mo1dan isteri mo1 yg selama ini menipu dan mencuri duit rakyat malaysia.

    Tidak pernah terjadi kepada mana mana PM malaysia peristiwa yg amat memalukan ini.

    Proses mahkamah harus dijalankan kepada jolo,mo1 dan isteri mo1 atas dakwaan ini,
    Inilah peluang kepada mo1 dan isteri mo1tunjuk dan buktikan bahawa mereka benar benar difitnah.

    Maka keyakinan rakyat malaysia terus memberi sokongan 100% kepada mo1.

    Ini apa punya undang undang , menafi dgn mulut dan tutup kes. Buat senyap, buat bodoh.

    Adakah rakyat malaysia bodoh sampai tahap macam tu, percaya bahawa mo1 difitnah ?

    Rukun negara malaysia ada tulis, perkara ke 4, KEDAULATAN UNDANG UNDANG.

    Kenapa DOJ boleh siap senarikan tarikh tarikh dan beratus ratus urusan dan jumlah dgn tepat.

    Ini bukan satu kerja yg mudah. Tak kat satu dua urusan mungkin boleh direka.
    Ini laporan begitu lengkap, mustahil ia satu fitnah.

    Jika fitnah, peguam peguam mo1 lagi suka, terutamanya shafee, buturian begitu lengkap siap dgn nama , tarikh dan tandatangan, senang untuk dakwa DOJ.

    Kalau mo1, apandi masih berdiam diri,

    Secara logik akal, sah 100 % mo1 subahat dgn sekutunya rompak duit 1mdb, duit rakyat.

    Betul betul bapa segala penyamun.

    C&P

  2. Mmg btul bukan milik 1MDB… kapal itu milik Jholow…. Jholow x kisah pun klau dirampas sbb dia tak keluar sesen pun duit dia… Kapal tu dirampas kerana dibeli oleh Jholow dgn duit yg dicuri dari 1MDB dalam pengubahan wang haram yg disiasat oleh DOJ dlm siasatan sivil skandal 1MDB… doakan agar siasatan sivil dpt ditukar kpd siasatan jenayah agar pelakunya dpt didakwa di mahkamah…

    • Hahahaha…. Pandai btui buat lawak… Dlm siasatan sivil DOJ hanya harta yg dirampas… itupun setelah dibawa ke mahkamah dan mahkamah membenarkan rampasan dilakukan setelah dibuktikan terdapatnya kesalahan pengubahan wang haram dilakukan dlm skandal 1MDB…utk tangkap apek Jholow… DOJ kena ubah status siasatan kpd siasatan jenayah… Ins sya allah sikit masa lagi kita dpt melihat si apek Jholow nie di dakwa ke mahkamah…. Jd tak perlu nak bicara kapal tu… kapal tu x bersalah dan curi duit 1MDB pun… Harap faham kut noo…

    • ??? ni la lawaknya.nampak betapa bodohnya macai pembangang ni.1 kes jenayah.harta di rampas penjenayah di biar bebas.lepas tu menyalak dlm siasatan..???
      ko citer rci tp ko bodoh rci tu dia panggil kuty untuk siasatan.x pula harta kuty kena rampas .org tak di panggil2. macai pembangang ni wajib bodoh ke..senang sngat kena tipu..gambar yg dah lama kna rampas pun .x dengar cerita lg sape punya. ????

    • ko ni ada otak ke tak.harta di rampas org di biar bebas.lps tu sembng siasatan..agak2nya la ko siasat ko tanya kat kapal tu ke dia mai dr mana.dulu rampas gmbr sekali gambar tak boleh ckp.tu rampas kapal pula .mudah2han kapal tu boleh bercakap.???

    • Btul tu…. Tak mungkin ngra2 yg telah menyita dan merampas harta2 hasil pengubahan wang haram nie tidak melalui proses perundangan….bukan senang nak rampas harta benda org nie… Silap haribulan boleh kena saman…klau tuan punya harta buat tak tau maknanya ada sesuatu yg tak kena…

  3. Kerajaan2 yg merampas harta bnda dan wang tunai tu mngatakn yg ia datang dari wang yg dicuri dari 1mdb malaysia.so samada tuduhan itu benar atau salah,ia telah mnjejaskn nama baik malaysia.so pm dan peguam negara tunggu apa lagi,pergi lh buat pengesahan dinegara negara tersebut,bokti bokti apa yg mereka ada.setakat duduk dan bising di pejabat tidak dapat mnyelesaikn masaalah.

  4. Keja membohong je? Jho low beli kapal tu guna duit kumpul dari kecik jgak ke?

    Kenyang la anak beranak2 makan duit hasil fitnah/menipu sana sini semata2 nak jd cybertrooper.. hahaha.. insaf la wei.. x kemana pun. Esok2 dlm kubur kene jwb gak..

  5. Apa nama musibat tu..Low TAEK Jho….aaa min ang dedak da x rsankan ..mkn la taek barua2 yg semua xdak salah semua pointing finger….apa da pya yakpur…gaji 1500 dpt butakan dana dri barua2 yg dok suruh buat keja….#kamjat

  6. Admin page ni boleh la tukar nma page ni ke Anti-BN Club.. yg komen xde sorang pon yg backup ko min.. haha.. kesian.. dulu2 page ni meriah.. 1post komen beribu.. skrng pling byk pon 18 komen.. tu pon smua anti BN.. yg ade pon 2 3 kerat macai2 bebal pkai fake profile.. sikit la income ko yer skrg.. bertabah la min..

  7. Apabila seekor babi cuba menghalalkan hidangan babi yang dimasak oleh seekor babi lain yg merupakan tuannya dan mengatakan hidangan itu halal dimakan sebab bukan babi..moralnya semua orng tau itu adalah babi tapi kenapa ada babi yg ni kata ia bukan babi…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini