28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir) mendapat laba besar pengeksportan minyak sawit Indonesia ke China – Peneroka Felda dan pekebun kecil tersungkur

#KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru

Perkembangan terbaru perjanjian pengimportan minyak sawit oleh China dari Indonesia amat membimbangkan industri kelapa sawit Malaysia.

Perjanjian yang bernilai US$726 juta ditandatangani pemilik perusahan kelapa sawit terbesar Indonesia, PT Wilmar Nabati Indonesia dan Cofco China, dan Yihai and Kerry Investment Co Ltd.
Lihat sini: https://m.republika.co.id/berita/ekonomi/bisnis-global/18/07/12/pbppw2414-cina-tanda-tangani-pembelian-kelapa-sawit-indonesia

Untuk makluman pemegang saham terbesar Wilmar dan Yihai & Kerry Investment adalah keluarga Robert Kuok.
Lihat sini: http://www.wilmar-international.com/who-we-are/board-of-directors/
dan sini: http://www.yihaikerry.net/en/index.aspx

Dengan pembelian terbaru oleh China, Indonesia kini mengeksport minyak sawit bernilai hampir US$3 bilion.

Manakala minyak sawit Malaysia kini tidak lagi mendapat pasaran yang besar dan dikhabarkan kilang penapis minyak sawit sudah tidak mampu lagi membeli buah untuk diproses.

China telah mengurangkan atau mungkin membatalkan pembelian minyak sawit dari Malaysia bermula tahun hadapan.
Lihat sini: https://pakdin.my/revolusi-sosial-akibat-kilang-penapis-tak-mahu-beli-kelapa-sawit/


Maka benarlah apa yang pernah disebut oleh bekas perdana menteri, Najib Razak pada 4 Mei 2018, ‘Jika China tak beli sawit Malaysia, Felda tersungkur, kita tertiarap’
Lihat sini: https://www.malaysiakini.com/news/423106

Apa yang kita dengar akhir-akhir ini rungutan peneroka Felda mengenai kelewatan pembayaran sara hidup mereka mungkin ada kaitan dengan pengurangan dan mungkin pemberhentian pengimportan minyak sawit oleh China bermula tahun depan disamping kejatuhan harga komoditi tersebut.


…………
Rujukan:
https://pakdin.my/felda

https://pakdin.my/felda-peneroka-bengang-kerajaan-lewat-bayar-gaji/

https://pakdin.my/tag/eagle-high/

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan