Kos bahan api jana elektrik turun banyak, Rejim PH naikkan tarif 2 kali dan potong rebat #pakdin.my

Gas dan arang merupakan dua bahan api utama untuk menjana elektrik di Malaysia.

Kos kedua-dua bahan api ini telah jatuh dengan banyak sejak tahun yang lepas dan kini adalah ditahap paling rendah sejak 3 1/2 tahun yang lalu.

Tapi kerajaan PH telah menaikkan tarif elektrik dua kali dan telah potong rebat bil elektrik RM20 sebulan sejak mereka menang PRU14.

Mengikut sistem sedia ada yang ditetapkan masa BN, kerajaan PH diwajibkan untuk kaji semula dan mengumumkan harga baru tarif elektrik pada 1 Julai 2019.

Oleh itu, kerajaan PH patut turunkan tarif elektrik dengan kadar yang signifikan pada akhir bulan Jun ini.

Kalau PH tidak turunkan atau turunkan dengan sedikit sahaja, Rakyat ada hak untuk membantah.

Kita tunggu pengumuman mereka.

Facebook Najib Razak

Berkaitan