Mengaku sahajalah bahawa Kerajaan BN telah menjaga TH dan umat Islam dengan baik - pakdin.my

Propaganda PH tentang Tabung Haji (TH) agak kelakar.

Bertahun-tahun mereka tuduh duit berbilion-bilion TH telah dirompak oleh BN dan TH dah bankrap. Akibatnya, ada pendeposit terperdaya dan hilang giliran menunaikan haji.

Propaganda mereka masa itu dan hingga sekarang ialah orang Melayu sendiri dari BN yang rosakkan TH.

Lepas tu, PH kata berbilion-bilion wang TH itu bukan dirompak oleh BN.

Tetapi kerana BN kejam sangat terlebih bayar Hibah kepada pendeposit TH selama 4 tahun.

Minggu lepas pula, tiba-tiba PH kata TH sudah berjaya diselamatkan.

Sudah okay.

Hanya selepas TH dipaksa jual aset RM20 bilion kepada syarikat Menteri Kewangan, TH sudah okay.

Padahal, harga saham milik TH masih rendah akibat kejatuhan teruk selepas PRU14.

Tak ada pun satu berita bahawa pelaburan TH untung besar ataupun kerajaan terpaksa bail-out TH.

Tak sampai 9 bulan ambil alih kerajaan, TH tiba-tiba diisytihar sudah diselamatkan oleh PH walaupun PH tak buat apa-apa pun selain jual aset.

“Turn-around plan” mereka sudah berjaya.

Lawak apakah ini?

Adakah mereka nak kata pendeposit semua mudah diperbodohkan?

Mengaku sahajalah bahawa pada masa Kerajaan BN, TH dan umat Islam telah dijaga dengan baik – bukan seperti difitnah berterusan oleh PH.

Apa susahnya untuk mengaku?

#FitnahSudahMenang

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/tabung-haji

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMengaku sahajalah bahawa Kerajaan BN telah menjaga TH dan umat Islam dengan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium