27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

MIC dan GPS Antara Penaja PN?

Malaysian Indian Congress (MIC) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan antara yang bersetuju menjadi parti penaja bagi mendaftar Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Menurut sumber SuaraTV kedua-dua parti itu telah bersetuju untuk berada di dalam jawatankuasa penaja PN bersama PAS dan BERSATU.

Cubaan untuk menghubungi beberapa pemimpin MIC dan GPS untuk memdapatkan pemgesahan mengenainya masih belum berjaya.

Sumber dalaman PAS memberitahu, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mempunyai maklumat tentang penyertaan parti lain dalam PN.

Menurut sumber itu, Tuan Ibrahim hanya tahu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sahaja bersama mendaftar PN.

“Maklumat lengkap tentang pendaftaran secara rasmi PN tidak dimaklumkan kepada timbalan presiden.

“Datuk Tuan hanya diberitahu PAS dan BERSATU setuju daftar PN, parti lain yang ikut serta beliau tidak dimaklumkan.

“Tidak pasti kenapa timbalan presiden tidak dimaklumkan tentang perkara ini,” kata sumber tersebut.

Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu menyertai PN bersama BERSATU sebagai antara parti penaja gabungan politik baharu.

“PAS ada, Bersatu ada (sertai PN). BN kena tanya BN, saya tidak pasti.

“(Tetapi) jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak, lepas ditubuhkan (PN) ahli lain boleh masuk,” kata Takiyuddin.

Pengesahan Takiyuddin itu menimbulkan tanda tanya parti mana lagi yang turut sama menyertai PN sebagai parti penaja.

Sebelum ini UMNO telah menegaskan tidak akan menyertai PN sebaliknya hanya akan mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama PAS.

Minggu lepas, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan partinya akan turut menyertai MN dalam masa terdekat.

Namun akar umbi UMNO dilaporkan tidak senang dengan hasrat BERSATU untuk menyertai MN.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.