Home / :: BLOG :: / Najib dedah ‘orang Mahathir’, perenang negara datang rumah minta RM10 juta

Najib dedah ‘orang Mahathir’, perenang negara datang rumah minta RM10 juta

#DosaDosaMahathir #PakatanPHitnah #MahathirBapakPenyamun #MahathirBapakKroni

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan orang rapat Tun Dr Mahathir ada bertemunya pada tahun 2013 dahulu meminta duit RM10 juta sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendedahan dibuat Najib kepada Malaysiakini, namun portal berita pro-Pakatan Harapan itu enggan mendedahkan nama individu berkenaan.

Malaysiakini hanya menyebut “pembantu” yang sangat dipercayai Dr Mahathir dan seorang bekas perenang negara.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai,” kata Najib kepada Malaysiakini.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku.”

Najib turut membuat pengakuan berhubung harta rampasan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan di tiga unit kondominium Pavillion Residence Kuala Lumpur, kira-kira sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerusi sidang media berkenaan harta rampasan menjelaskan nilai rampasan dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Kata Najib, ada antara barangan rampasan merupakan hadiah kepadanya dan isteri sewaktu beliau bergelar pemimpin negara sebelum ini, sepertimana Dr Mahathir pernah menerima hadiah 40 ekor kuda sebelum ini.

Berkata lanjut kepada Malaysiakini, beliau sejak bergelar Perdana Menteri mahukan ketelusan didalam pembiayaan dana pilihan raya namun ditolak pembangkang yang kini sudahpun membentuk kerajaan.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).

“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.

“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan,” kata Najib yang mengesyaki pemberi sumbangan bimbang diri mereka terjejas sekiranya identiti mereka dikenali.

“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.

“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.”

http://pakdin.my/tag/dana-politik

http://pakdin.my/pembangkang-tiada-alasan-tolak-akta-kawal-selia-dana/

(Visited 1,046 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

52 comments

  1. Toruk Macto

    Dpt 10 jute..dpt dato…mmg betol2 gang kuttty ni…

  2. Sypudin Ramli

    Alahai…baru nak dedah,patut dedah sebelum PRU14…entah2 boleh MENANG hari tu

  3. Zarina Zainal

    So? Najib pon kasik ke? Klu kasik dia pon 2 x5 jugak ni

  4. Muhammad Jaafar

    Setakat orang rapat minta 10 juta. Dia minta tak curi rompak atau ugut. Minta tak jadi kesalahan. Najip nak bagi ketidak itu terpulang pada najip. Kenapa nak jadikan isu.

  5. Mohd Nizam Sudin

    Geng ni ada sejarah tersendiri, dr Kejatuhan kerajaan islam Melaka sampailah hr ini

  6. Sypudin Ramli

    Sapo lah yg sokong & bayor elaun UNIFI/STREAMYX pages Friends Of BN Hulu Selangor ni?

  7. Er Izz Ry

    Apa lgi.., kasi pecahlah..
    Turunkan maddey..,

  8. Muhammad Izham

    Alhamdulillah kerana Allah SWT telah memilih tun M semula untuk memimpin negara kami yang tercinta ini… insyallah..

  9. Saffiahyusoff Saffiahqhairunnisa

    good job min…bongkar lagi min..bior senok perot deme

  10. Azli Rusli

    Lepas dedah madey pun beku acc umno. Punya la syaitun

  11. Eirwan Qhalid

    Tgk laa 10juta untuk apa…mana dpt 10juta…jgn ingt duit kerajaan duit bapak kau…tu pasal hutang negara tgi..pasal ketirisan… sama je mana2 mnteri pun…cuma aku nk ckp duit kerajaan untuk kegunaan yg perlu..bukan bg ikut suka minta dpt…leps bg duit tu kemana… salur nya sikit poket nya byk..tu laa keje menteri…tu pasal kaya

  12. Adah Rani

    X pa.bio Najib jdikn isu …sbb Najib dh dh bisa ckp betul ..bkn mcam Atuk PM asik nk buat fitnh kt Najib je…x puas2 nk mrinth …sape2 yg naik jdi PM semua d cantas…mcam dia sorang je blih mrinth negara.setiap kempen dia mesti mmfitnh Najib…apa lgi dendm kesumt menguasai diri..ikut kata hati..apa lgi pngundi PH …meroyan x habis2 ..bkn ke seronok PH dh mnang.lpas ni semua hrga brng turun .tkasih pngudi PH…anda tlah brjaya mngubh ..Malaysia mnjadi Malaysia baru…x sedo lgi x tau lh

  13. Mat Saad Radzi

    cite apa pun rakyat dh takcaya kt najib ni

  14. Nor Aun

    Dah terlambat..masa jadi PM aritu..kenapa tak bongkarkan..la ni baru nak bising..mmg cam anjing menyalak bukit lah..sayangnya aritu gagal mengesan hati busuk lawan

  15. Ahmad Moen

    bagi bukti la. Najib ckp mana org percaya. syaitan ja percaya

  16. Ahmad Sukaimi

    Dana PRU, masa tu Tun M maaih bersama BN

  17. Rohana Ariffin

    Saya pun lebih percaya DSN drpd Tun.

  18. Che Noran Mohd Jelas

    The worms are worming out of Pandora boxes…ticklish.
    Msians, brace ourselves for the saga of the Century..
    #whenpotcallsthekettleblack

  19. Siti Afidah Siti

    Hidup sama aje..sik nk brlaga..sementara kamu x sdh2 mmbwg..klu nk malaysia slmt semaikn hati yg baik bsahkn mulut dgn zikir..doa mntak pd allah bkn dgn PM..igt firaun ke

  20. Siti Afidah Siti

    Dunia da smp ke penghujungnya..lakukn byk ibadah

  21. Gir Rizalo

    Sbb DSN org melayu malaysia terbela..peniaga2 melayu IKS terbela..itu lh dana tekun amanah iktiar.

  22. Mat Don

    Laaaaaa….sepupu sepapat kutt gak… spesis babi hutan nih…

  23. Munji Azmi

    Tak percaya tu kau… Kau percaya ke dgn tun tu rasa nya tak juga kan…

  24. Sbj PA

    Masalah.jiwa.dan.hati ni..kena pergi berubat atau berzikir selalu

  25. Azali Atan

    bro kna jd menteri dulu bru boleh ckp..
    setakat sembang warong mamak ..apa barang..
    nak sebut pasal ketirisan xkna bro..simpan utk anak2..

  26. Richi Sambora

    Kepala bapak ko la…sembang lebat la….dah la bodoh, bahalol plak tu… gambar pun, gambar bapak ko muda2 ye… nak sembang pasal ketirisan konon…ni mesti jenis kaki rolex..

  27. Richi Sambora

    Sudah la pakcik…bawak2 la dok masjid dah tua2 ni… x payah nak sibok ngan media sosial ni…tumpukan je la pada amal ibadat..jgn ditambah dosa yg ade tu…

  28. Encik Murad

    Betul ke DSN perompak?bukti xde tangkapan xde,ape lagi kandang tertuduh…nk ckp pkir la…jgn dibanggakan pemimpin melayu jatuh kerana fitnah..

  29. Zack Man Rahmat

    Kita gelak je.. masih caya ttg htng negara. Htng tinggi tapi daya mampu bayar tu kita ada.. klu skrg. tngglkn 500 b pun klu semua pelabur lari.. bawa dana keluar malaysia.. agak2 nk byar dgn ape? .. kutip derma ke?

  30. Zack Man Rahmat

    Haha.. tu laa pasal.. masa ni tun pawer dlm BN

  31. Zack Man Rahmat

    Tiba2 ramai plk yg nk bg ceramah agama dlm ni.. page PH xnk tgok ke.. klu tgk.. lg 10kli teruk kot mereka memaki seranah.. ape kata.. p ceramah kat mereka sama.. baru laa adil.. jgn kat sini je.. mintak istifar.. p kat puak sana xnk pulk buat yg sama.. bgus min.. alang2 mereka main kotor.. kita kasi tarik kain pemimpin mereka biar terlondeh.. biar trbuka sikit mata n minda mereka.. jgn taksub sgt dgn ketua mereka.. sdngkn lbih besar scndal ketua mereka tu

  32. Shaiful Ismail

    Cara islam ke ni ? Kutuk sana kutuk sini … Korang semua pi lah dengar ceramah ugama … Dah solat belum ?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.