Najib jawab tohmahan Lim Guan Eng berkaitan projek saluran paip gas

#FaktaBukanAuta #TsunamiPhitnah #MalaysiaMemilih

Berdasarkan kepada ingatan saya, saya yakin, semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan dengan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Saya turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain. CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China – China National Petroleum Corporation.

Kedua-dua projek saluran gas ini yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan (government to government) dengan kerajaan China.

Saya dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) bagi projek saluran gas ini bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, 2017.

Pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita.

Saya mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap kedua-dua projek ini, namun kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/05/bayar-syarikat-dikaitkan-jho-low-rm8-3-bilion-hanya-13-kerja-selesai/
http://pakdin.my/najib-razak
http://pakdin.my/china
http://pakdin.my/lim-guan-eng

To my recollection, I am confident that all necessary process procedures and laws have been complied with in the negotiation and execution of the two pipeline projects raised by Finance Minister Lim Guan Eng today.

I also note that Guan Eng had stated that all payments were made as per agreement to the China Petroleum Pipeline Bureau, a fully-owned subsidiary of one of the largest company in the world, the China state-owned China National Petroleum Corporation – not to any other parties.

The two pipeline projects which will be of much economic and energy security benefits to Malaysia were negotiated on a government-to-government basis with the People’s Republic of China.

China’s Premier Li Keqiang and I had witnessed the signing of the Memorandum of Understanding (MOU) for the pipeline projects along with other projects while in Beijing on May 14, 2017.

At the same event, China had also committed to importing goods worth US$2 trillion over the next five years from Malaysia, invest up to US$150 billion in Malaysia and offer 10,000 places for training and studies in various institutes in China.

Not forgetting the commitment by China that assisted our oil palm smallholders and contributed to their income and welfare through the purchase of more oil palm.

While I welcome open and transparent investigations into these two projects, I believe that great care such be taken when making such serious politically-motivated public allegations involving foreign state-owned companies as it may have a negative effect on foreign relations and international trade.

Loading...

56 KOMEN

    • X tngok ke tv baru ni.bersama menteri.dia punya auta.syed munawir bg dia solan btubi2 jwpan bnyk yg denail.lg satu hal penonton buat pangilan tepon apa yg sy maklum pemangil ni pakar kewangan dlm jbtan krejaan( audit) ppuan ni tnya la dia bla bla..yg sy pun x paham sgt.#Bukanbidangaku.ko org tau jwpan bodo dia apa dia ckp yg ni sy pun xtau nak jwb kahkahkah…ada ati 2 nak jd kwangannn…tp aku tabik kat pemangil 2.ketat muka LGE. harpakk..

    • Rsnyer dia ni blh gnti ahmad maslan jgk. Bg jwpn sgtla bodoh bkn level mnteri. Tp PH nmpk apa yg best? Ayat pertama dia lps jd menteri kewabgan yg xangkat sumpah lg masa tu. Sy org msia… perghhh mnusuk sanubari sgt buat puak PH ni…konon xrasis sgt la tu

  1. LGE ni nk sgt burukkan pentadbiran BN, buat press conference pastu bg info yg create perception, suruh rakyat hukumkn dulu … klu salah report le kt SPRM, biar siasat habis2 …. dh le involve China GLC, China block eksport padan muke satu Malaysia … die block minyak kelapa sawit je dh cukup ..

    • True.. Mcm budak2..LGE.. X hbs2 buat announcement ..nk jatuh ekonomi.. Pelabur dah x caya.. Dah lari.. Enough is enough la.. Malaysian are educated la.. Tahu yg mana intan dan permata. Except yg uneducated.. Yg taksub.. Caya LGE

    • Lge ni menteri kangkung yang ke laut. Lks mesti ada buat perjanjian dengan madey supaya selamatkan anaknya lge dari corruption trial jika mahu sokongan dap untuk madey jadi PM. Jadi madey lantik lge jadi FM dan tommy Tomas jadi AG untuk lepaskan lge dari kes corruption mahkamah dia. Madey is so predictable

  2. Menteri short term thinker dan lebih kepada mencari kesalahan. Dia tak fikir secara postif dan jangka panjang. Dari sudut acoutability pun tersasar selalu kerana suka memanipulasi data. Ini yg menyebabkan byk pelaburan antarabangsa lari dan hilang kepercayaan.

  3. Buat laporan & dakwa je najib @ sesiapa yang ada buat salah. Bukan buat sidang media suruh rakyat hukum. Sampai hari ni tak dakwa lagi najib tu. Dulu kata sebab najib pm. La ni najib orang awam je. Tak dapat nak dakwa lagi ke. Hebat najib ni.

  4. Korek sana korek sini tapi masih tak jumpa untuk mensabitkan salah laku DSN… lama2 LGE meroyan situ lah… tapi nak tanya sikit…. LGE ni lah yang ada kes rasuah tu kan….. tengok muka macam sama je….

  5. Sedikit perkongsian pengalaman dan pengetahuan:

    Siapa Chinese Pipeline Petroleum Bereau (CPPB) – ini adalah anak syarikat di bawah China National Oil Company (CNPC) iaitu milik sepenuhnya kerajaan China. Berhubung perkara 13% peratus (progress) dah bayaran sebanyak 87.7% telah di buat, bayaran ini adalah berdasarkan perjanjian yang telah di metrai oleh kerajaan China dan Malaysia. Sebelum menandatangani kontrak tersebut kedua negara telah bersetuju dan faham dengan keperluan kontrak tersebut. Bayaran ini telah di buat melalui pinjaman bank di China dengan kadar bunga 3.25% (penjanjian beli rumah di Malaysia lagi mahal interest!!). Kita pinjam duit dari Bank di China dengan pengesahan dan back up dari kerajaan China. Kita patut bersyukur kerana negara China percaya dengan kerajaan Malaysia dan percaya bahawa projek pipeline ini akan membawa manfaat dan memberi keuntungan pada rakyat Malaysia dan yakin bahawa Malaysia mampu untuk membuat bayaran semula kepada kerajaan China kerana ekonomi negara Malaysia adalah sangat mantap, cemerlang seperti yang telah di sahkan oleh rekod bank dunia. Tidak ada apa yang perlu di khuatiri jika CPPB tidak dapat menyerah siap projek kepada Malaysia kerana projek ini adalah di bawah tangungjawab kerajaan China dan CPPB mempunyai trek rekod yang baik di dalam melaksanakan projek antarbangsa seperti di Iraq, Saudi, Thailand, Vietnam, UAE dan lain-lain. Nama CPPB juga adalah tidak asing di dalam dunia Oil and Gas berikutan harga tender yang murah dan kepantasan dalam menyiapkan projek seperti yang di janjikan. Kerajaan China adalah tersangat kaya dan moden di dalam bidang teknologi jika kita tidak bekerjasama dengan kerajaan China percayalah kerajaan Malaysia akan tertinggal di belakang. Seperti yang anda semua maklum kerajaan China adalah sebuah kuasa besar dunia dan untuk kerajaan Malaysia, yang telah mendapat kepercayaan penuh dari kerajaan China adalah sesuatu yang sangat menakjubkan . Kita juga akan mendapat hasil import dari kerajaan China, hasil perlancongan dan kerajaan China juga akan menerima hasil eksport dari produk tempatan kita dan bermacam lagi. Ini adalah hubungan baik dua negara yang sangat memberangsangkan.

    Jika project ini di laksanakan oleh syarikat dari Europe, US atau Canada sudah tentulah harganya akan berlipat kali ganda mahal dia. (bagi sesiapa di bidang Oil and Gas mesti sudah paham!!)

    Bukalah mata dan minda anda semua, kita sebagai rakyat perlu berasa bangga dengan kemodenan dan kecangihan yang di bawa masuk ke negara kita supaya Malaysia akan lebih unggul di mata dunia, setanding dan sehebat negara luar.

    Berfikiran terbuka, hormat-menghormati, tolong-menolong dan jangan sesekali menghina atau memandang rendah sesama manusia.

    Sekian,

    CnP

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini