Prestasi teruk menteri kabinet PH gambarkan kelemahan Mahathir - pakdin.my

Teguran berulang kali yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ketidakpuasan hati terhadap barisan Kabinet kerajaan PH seharusnya disusuli dengan tindakan oleh ahli Kabinet.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata komen Perdana Menteri terhadap menteri Kabinetnya jelas mengambarkan bahawa ia satu perkara sangat serius dan sepatutnya mestilah disusuli dengan tindakan oleh anggota kabinet Kerajaan PH sebagai respon untuk melakukan perubahan.

“Bukan sahaja Perdana Menteri tidak puashati malah pelbagai pihak punyai perasaan yang sama malah jika penilaian prestasi Kabinet Kerajaan PH dibuat oleh rakyat sangat jelas ia memang mendukacitakan sekali.

komen ini menunjukkan sesuatu yang tidak kena. Justeru itulah, saya nampak perubahan tidak dilakukan dan ini menampakkan kelemahan ketara kepada kerajaan PH.

“Pada saya, kalau dikatakan bahawa mereka baru dan tiada pengalaman ia suatu yang tidak boleh diterima kerana sudah lebih empat bulan kerajaan PH memerintah negara ini malah kerajaan didokong oleh kakitangan kerajaan yang berpengalaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, sangat tidak adil jika Tun Mahathir menyalahkan kakitangan kerajaan apabila berlaku kelemahan di dalam prestasi kerajaan apatah lagi mendakwa mereka terlalu taksub kepada Barisan Nasional (BN) yakni kerajaan terdahulu.

“Sewaktu BN memerintahpun bukan semua kakitangan kerajaan menyokong BN jadi keadaan yang sama juga berlaku sebenarnya. Malah, prestasi kerajaan sangat baik.

“Pada saya, yang penting ialah pemimpin kerana kakitangan akan melaksanakan semua arahan jika pemimpin punyai wawasan, berwibawa, dan dihormati serta nilai positif yang lain.
“Namun jika semua nilai ini kurang ia akan menyebabkan prestasi yang diharapkan tidak tercapai. Inilah yang berlaku pada kerajaan PH,” katanya.

Ujarnya lagi, tidak kiralah siapa mencadang barisan Kabinet, tetapi Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap kerja dan prestasi mereka apatah lagi beliau punyai kuasa mutlak melantik atau menggugurkan mereka.

“Jadi jika prestasi mereka mendukacitakan ia juga mengambarkan kelemahan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Semalam, Tun Mahathir berkata beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

“Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,” ujarnya.

………..
https://pakdin.my/tag/Mahathir

UTAMAPOLITIKPrestasi teruk menteri kabinet PH gambarkan kelemahan Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium