Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak - pakdin.my

HULU SELANGOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jabatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi.

Katanya, Hamzah Ilya Azman, 19, dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakannya, Ahmad Nabil Yasin Abdul Rashih, 20.

“Rakan mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Hamzah tidak timbul selepas terjun ke empangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, gerakan mencari dan menyelamat giat dijalankan pihaknya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang melakukan perkhemahan atau bercuti di kawasan berair seperti sungai, air terjun, laut atau empangan supaya berhati-hati.

“Jika hujan, segera beredar untuk mengelak banjir kilat di kawasan berkenaan, selain mengelak fenomena kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak,” katanya.

UTAMABERITARemaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium