Skandal penyelewengan tender Negeri Kedah , kakitangan kena ugut

Akibat tersebar memorandum bantahan dan bukti salah guna kuasa pihak pengurusan Environment Idaman Sdn. Bhd. dalam penganugerahan tender-tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri kedah, kakitangan syarikat itu diugut oleh pihak pengurusan dan beberapa buah telefon bimbit serta ‘notebook’ milik kakitangan turut dirampas kononnya bagi membantu siasatan.

Difahamkan, suasana kecoh tercetus apabila Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal tidak berpuas hati dan berang dengan penyebaran bukti-bukti salah guna kuasa yang terdapat di dalam memorandum itu yang turut tular di media sosial.

Sumber juga memberitahu ada beberapa kakitangan di bahagian operasi juga telah diarahkan membantu kontraktor-kontaktor baru mencari aset dan pekerja-pekerja dan ini jelas membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor yang baru dilantik tidak memenuhi kriteria dan dilantik secara tidak sah oleh syarikat Environment Idaman.

Menurut sumber lagi, pihak Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia telah menghubungi jurucakap kontraktor bumiputera bagi mendapatkan penjelasan tentang penyebaran memorandum bantahan itu. Pihaknya juga memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan pihak pengurusan Environment Idaman yang terlibat dalam salah guna kuasa disiasat segera.

Sementara itu pihak media masih gagal menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal bagi mendapatkan maklum balas tentang penyebaran memorandum bantahan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Rujukan:
Memorandum kepada Tun M minta SPRM siasat pemberian tender kutipan sampah
https://pakdin.my/memorandum-kepada-tun-m-minta-sprm-siasat-pemberian-tender-kutipan-sampah/




Loading...

1 komen

Comments are closed.