Solidariti buat Dr Ilyani

PUAN Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, seorang doktor perubatan telah menyuarakan prinsip tegasnya mempersoalkan hak-hak yang dikatakan dituntut oleh golongan LGBT dalam satu surat terbuka dituju kepada Cik Puan Marina Mahathir.

Kelantangan ini menggusarkan pihak-pihak tertentu sehingga tindakan beliau telah diadu kepada Biro Pengaduan Awam menggesa agar beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu Kementerian Kesihatan, Kerajaan Malaysia.

Dalam surat terbuka tersebut, beliau secara jelas telah menyatakan bahawa dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor, pesakit LGBT tetap akan diberikan rawatan terbaik. Sikap ini adalah selaras dengan profesion kedoktoran yang disandang dan menunjukkan sikap Profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan kewajipan beliau.

Beliau juga telah melalui surat terbuka tersebut meluahkan pandangan peribadi dan kebimbangan beliau terhadap gejala songsang yang boleh merosakkan anak bangsa. Ini menunjukkan sikap keprihatinan yang tinggi beliau dalam pembinaan negara bangsa sesuai dengan tugas beliau sebagai penjawat awam.

Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka. Beliau juga dalam menyuarakan pandangannya sama sekali tidak menolak keperluan dakwah dan pemulihan kepada golongan LGBT ini.

Sikap beliau sebagai seorang profesional yang berani ke hadapan menyatakan pendirian adalah suatu sikap yang selayaknya dipuji bahkan diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan.

Kami menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia agar tiada sebarang tindakan tatatertib mahupun apa-apa tindakan pentadbiran diambil ke atas beliau kerana kami percaya aduan tersebut tidak berasas dan merupakan satu usaha menyekat hak beliau untuk menyatakan pandangan secara terbuka.

Sehubungan itu, kami, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti.

Solidariti Dr NurIlyani

https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

………..
http://pakdin.my/tag/lgbt
http://pakdin.my/tag/marina-mahathir

148
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Hamdan Aris
Guest

Doctor Ilani bercakap apa yg terkandung dlm peringatan Alloh kpd umatnya. Lagi pn doktor lebeh dekat pesakit dri golongan2 ini yg dtg Meminta rawatan. Sebagai… Read more »

Ramin Pagi
Guest
Ramin Pagi
Guest
Ramin Pagi
Guest
Ramin Pagi
Guest
Ramin Pagi
Guest
Ramin Pagi
Guest
Nordin Boden
Guest

Dr mujahid lebih mengutamakan hak2 puak LGBT dari kehendak agama yang mana Allah melaknat kaum ini…anak ulama tersohor tapi bangang nak mampos…

Abdil Izam
Guest

Done sign petisyen dan membantu bersolidariti buat Dr. Nur Ilyani. Walaupun x seberapa sgt pertolongan ni, saye berharap Dr. Nur Ilyani tabahkn diri dan kuatkn… Read more »

Abdil Izam
Guest

Done sign petisyen dan membantu bersolidariti buat Dr. Nur Ilyani. Walaupun x seberapa sgt pertolongan ni, saye berharap Dr. Nur Ilyani tabahkn diri dan kuatkn… Read more »