25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

SST dua cukai berbeza, GST akta tunggal dan telus – Najib

Kastam telah menyemak semula senarai barangan di bawah Cukai Jualan. Senarai terkini bertarikh 26 Ogos mempunyai banyak barangan yang berbeza dari senarai terdahulu bertarikh 21 Ogos.

Walaupun ketupat tidak lagi dikenakan cukai jualan, senarai terkini itu bagaimanapun turut memasukkan makanan segar dan pelbagai barangan yang sebelum tidak tersenarai.

Saya lihat ketam, udang, sotong, kerang dan lala kini dikenakan cukai jualan 10 peratus. Pelbagai jenis perencah, sos, beberapa jenis daging dan ikan, daging burger, sosej, keju dan mentega turut dikenakan cukai jualan antara 5 dan 10 peratus.

Saya juga lihat pelbagai jenis minuman dikenakan cukai jualan termasuk jus buahan dikenakan cukai 5 peratus, soda (10%) dan air mineral (10%).

Ramai tidak menyedari bahawa SST sebenarnya ialah dua jenis cukai berbeza – Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan di parlimen. (Kedua-dua akta cukai berkenaan digantikan dengan satu akta tunggal dan telus iaitu GST pada masa lalu).

Oleh itu, Lim Guan Eng tidak bercakap benar apabila beliau mengucapkan kepada orang awam bahawa cukai SST hanya dibayar oleh pengilang dan bukan oleh pengguna.

Maka, apabila restoran dan isirumah membeli bahan mentah seperti udang, ketam dan kerang, mereka sudah membayar cukai jualan 10 peratus yang perlu ditanggung oleh pengilang atau pengeluar. Restoran dan pembeli isirumah tidak akan melihat jumlah yang dibayar mereka bagi cukai jualan tetapi terpaksa membayar pada harga yang tinggi.

Situasi ini akan lebih buruk apabila pengguna makan makanan ini di restoran di mana cukai perkhidmatan terpakai di premis ini.

Restoran kini perlu membayar cukai jualan ke atas ketam, udang, beberapa jenis sayuran, mentega, keju, perencah dan sos bagi menyediakan makanan mereka.

Apabila mereka menyediakan hidangan itu bersama minuman dalam botol yang mempunyai cukai jualan, mereka juga akan mengenakan tambahan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan yang dipapar di resit pelanggan.

Untuk itu, pelanggan restoran dikenakan cukai dua kali, cukai perkhidmatan 6 peratus yang dapat dilihat pada bil dan cukai jualan ke atas makanan dan minuman disediakan namun tidak dipaparkan pada resit.

Begitu juga akan berlaku dibengkel kereta and pusat servis di mana alat-alat ganti dan minyak pelincir dikenakan cukai jualan dan ditambah lagi dengan cukai servis.

Inilah yang pelbagai pihak termasuk saya sendiri pernah beri amaran bahawa SST adalah satu cukai bertindih (cascading tax) di mana terdapat barangan yang dikenakan cukai berganda. Ini berbeza dengan GST pada kadar 6 peratus di mana ia hanya dicaj sekali.

Pada masa ini, banyak restoran masih lagi menggunakan bahan mentah yang dibeli sebelum perlaksanaan SST namun selepas ini mereka akan membeli bekalan baharu dengan cukai jualan, dan dijangkakan harga di restoran akan naik lebih banyak lagi pada hari mendatang berbanding ketika GST berkuatkuasa.

Orang dari golongan B40 juga makan ikan masin, udang, kerang dan ketam – biarpun untuk dimasak dirumah ataupun di restoran. Ia tidak patut dikenakan cukai jualan seperti yang dikecualikan di bawah cukai GST dahulu.

Saya gesa kerajaan untuk mengeluarkan kesemua makanan segar, minuman dan bahan penyediaan makanan dari dikenakan cukai untuk mengelak berlaku cukai berganda di restoran dan juga untuk mengelak dari menghukum golongan B40.

………
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/sst






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan