Video: Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai

Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla. Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla. Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis … Read More ›

Viral: Pengawal keselamatan Meninggal kerana komplikasi jantung, bukan ditembak

Kuala Terengganu: Polis menafikan penyebaran gambar yang mendakwa pengawal keselamatan di bank di sini mati ditembak perompak, sebaliknya meninggal kerana penyakit jantung. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp mendakwa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemui terbaring selepas ditembak perompak. Kejadian dikatakan berlaku petang tadi yang mana … Read More ›

Bekas ADUN Maut Di Tembak – Kelibat Dua Tubuh Lari Dengan Motosikal

MARANG: Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah. Abdul Wahab Muhammad, 35, berkata beliau ketika itu bersama empat lagi rakannya berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian. … Read More ›

Bekas ADUN maut – Ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Alias Ab­dullah, 51, maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di kediamannya di Kam­pung Alur Limbat, Bukit Payong, Marang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, salah seorang suspek dikatakan melepaskan satu das tembakan mengenai pipi kiri … Read More ›

Seorang Anggota Tentera Maut, Seorang Cedera Dalam Insiden Tembakan Rambang Di Lahad Datu

Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, awal pagi Khamis. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu anggota yang terbunuh … Read More ›

Lelaki warga Malaysia maut ditembak di Sungai Golok

NARATHIWAT: Seorang warga Malaysia maut manakala rakannya cedera ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket, di Sungai Golok, awal pagi tadi. Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol Pol Somchai Pearkan, berkata dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Asshraf Zafri, dari Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang, Kelantan, … Read More ›

Kes Tembak: Adik Noh Omar Larikan Diri Selepas Diburu Polis

KOTA KINABALU: Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong. “Tidak ada seorang pun … Read More ›

Tiga Penjenayah Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembak Dengan Polis

IPOH: Tiga penjenayah yang terlibat dalam beberapa kes samun mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan polis di Jalan Kompleks Sukan, Kampung Simee di sini, Selasa. Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver Smith and Wesson .38 yang berisi tiga peluru dan sepucuk pistol jenis Sport Arms Miami separuh … Read More ›

Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah ditembak (video)

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord … Read More ›

Dua penjenayah mati ditembak dekat Tapah (video)

Dua penjenayah yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Soon Choon, Gunung Rapat di sini Jumaat lalu, mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Sungai Kroh menghala Kampung Gajah, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 42 dan 62 tahun … Read More ›

Anak Anggota Polis Mati Ditembak Di Sungai Siput

“Hari ini adalah hari lahir anak saya yang ke-28 tetapi dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” demikian luahan bapa kepada N.Suren, 28, yang mati ditembak di rumahnya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, Jumaat malam. T. Nadarajah, 54, berkata ketika kejadian, anak sulung dari tiga … Read More ›

Lepaskan Tembakan kerana berebut gadis Kelantan, 12 ditahan (video)

Dua belas pemuda akan direman di mahkamah Kota Bharu esok susulan kes tembakan gara-gara berebutkan seorang gadis di Kelantan. Kesemua yang berusia antara 20 dan 27 tahun itu ditahan tidak sampai lima jam selepas insiden tembakan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. “Sepucuk … Read More ›