26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Tiada lagi skim bantuan tanaman semula: Teresa Kok

TEMERLOH – Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, skim itu dilihat hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sebelum ini dan tidak membabitkan keseluruhan termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra.

Menurutnya, beliau sedar ramai pekebun kecil persendirian merayu supaya skim tersebut diperkenalkan semula.

“Kita juga ada pekebun kecil tersusun di bawah Felda, Felcra dan sebagainya. Pekebun kecil Felda mereka pinjam duit dengan kadar empat peratus.

“Jika kerajaan beri geran percuma kepada mereka (pekebun kecil persendirian), kita mewujudkan satu keadaan yang tidak adil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam dan pekebun kecil negeri ini di Dewan Akademik Usahawan Tani Kampung Awah di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan ADUN Bilut, Lee Chee Chin.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bagi membantu pekebun kecil melakukan penanaman semula.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Ia membabitkan peruntukan dana sebanyak RM550 juta kepada pekebun kecil persendirian yang mahu melakukan penanaman semula komoditi terbabit.

BACA juga: #Bajet2019: Tiada lagi bantuan untuk golongan yang memerlukan seperti yang diberi kerajaan BN sebelum ini – Najib Razak
https://pakdin.my/bajet-2019-tiada-lagi-bantuan-untuk-golongan-yang-memerlukan/

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...