24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Video: Enam kereta terbakar di parkir LRT Taman Jaya angkara perbuatan khianat

Sebuah tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya terbakar tengahari tadi melibatkan enam buah kereta, mengikut laporan beberapa media.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abd Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa tiada letupan bom terlibat dalam insiden itu, dan kes tersebut sedang disasat pihak berkuasa.

Tambah beliau, suspek dipercayai membakar kereta tersebut dalam satu perbuatan khianat.

Ura-ura letupan bom di tempak letak kereta tersebut telah disebarkan di media sosial melalui beberapa catatan Twitter.

Antara coretan Twitter tersebut, ada yang telah memberi amaran berlakunya letupan lain seterusnya dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

Kebanyakan daripada catatan tersebut kini telah dipadam selepas penjelasan polis.

Sementara itu dalam laporan agensi berita Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata insiden itu hanyalah kebakaran melibatkan beberapa buah kereta.

“Polis masih menyiasat lagi insiden itu,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Narmizi Hamzah mengesahkan enam buah kereta terbakar dalam kejadian 12.58 tengah hari itu.

Katanya kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala Suzuki Swift terbakar 80 peratus, Proton Saga (70 peratus), Proton Gen2 dan sebuah lagi kereta jenis Honda terbakar 20 peratus.

Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang berada bersebelahan kereta itu, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari.

Beliau berkata kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari.

Prasarana Malaysia Bhd juga mengesahkan bahawa stesen LRT tersebut tidak mengalami apa-apa kerosakan akibat insiden tersebut, dan perkhidmatan RapidKL berjalan lancar seperti biasa.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan