BERITA Peneroka Felda tak layan dan tak bersalaman dengan Mahathir di sambutan...

[Video] Peneroka Felda tak layan dan tak bersalaman dengan Mahathir di sambutan Hari Peneroka

Perdana Menteri, Mahathir Mohamad Hari ini merasmikan sambutan Hari Peneroka di Felda Selancar, Pahang.

Kehadiran Mahathir disiarkan secara langsung oleh RTM.

Jelas dapat dilihat kehadiran beliau tidak di hiraukan oleh Peneroka yang datang meraikan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan tersebut.

Ketika beliau sedang berucap kelihatan Peneroka keluar meninggalkan khemah utama dan dapat dilihat dengan jelas banyak kerusi yang kosong.

Ketika menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pengerusi Felda, Peneroka yang menjadi penerima tidak melihat kearah Mahathir yang berada di sebelah Pengerusi Felda jauh sekali untuk bersalaman.

Apakah sudah ditentukan dalam protokol sambutan, Peneroka tidak dibenarkan bersalaman dengan Perdana Menteri?

https://pakdin.my/tag/felda

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/Gg6J1tlLmKs

* Kata mereka Melayu kena beraDAP hormati pemimpin.. Ya, pemimpin kena ikut ajaran Islam.. jangan mungkir janji dan jadi munafik.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami