UtamaNASIONALPekerja restoran didakwa miliki...

Pekerja restoran didakwa miliki empat majalah berunsur keganasan - pakdin.my

IPOH – Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki majalah berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS.

Hafiz Othman, 42, hanya menggangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Hafiz didakwa memiliki empat naskhah majalah iaitu Dabiq – Kembalinya Khalifah; Dabiq – The Flood; Dabiq – Panggilan Untuk Hijrah dan Al-Mustaqbal – The Last War (Malhamah Al Kubro) yang berkaitan dengan kumpulan pengganas IS.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Malim Nawar, Kampung Changkat Baru, Malim Nawar di Kampar kira-kira pukul 2.30 petang pada 18 Mei lepas.

Bagi pertuduhan itu, Hafiz didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Asif Mohd Noor.

Terdahulu, Mohd Izhanudin memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan, selain memohon agar kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Hakim Norashima kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu.

Pada 30 Mei lepas, Hafiz turut didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia dengan niat melakukan aktiviti keganasan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pintu C1 Terminal Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.05 petang, 17 Mei lepas mengikut Seksyen 130 JA Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun berserta denda. – Bernama

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...