BERITAPOLITIK Rakyat desak ADUN Pilah letak jawatan

[Video] Rakyat desak ADUN Pilah letak jawatan

Kira-kira 50 orang terdiri daripada rakyat Pilah bersama Pemuda dan Wanita BN (UMNO, MCA, MIC, KIMMA) dan NGO-NGO menyertai demonstrasi mendesak ADUN Pilah, Mohd Nazaruddin Sabtu meletakkan jawatan di hadapan Wisma Negeri yang berlangsung selama 30 minit.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidi Abdul Kadir berkata, pihaknya mendesak Nazaruddin supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada individu lain yang boleh melaksanakan tugas dengan baik.

“Sudah tiga minggu tular di media sosial mengenai ADUN Pilah yang tidak boleh jalankan tugas termasuk menutup pejabat (Pusat Khidmat). Dia sepatutnya jaga kebajikan rakyat.

“Ini memberi imej tidak baik kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri. Jika tak boleh jadi wakil rakyat, letak jawatan dan biar rakyat memilih (pilihan raya kecil),” katanya ketika ditemui wartawan selepas mengadakan demonstrasi tersebut.

#YBPilah
#SilaLetakJawatan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami