Empat pemimpin PKR bermesyuarat, Azmin akan keluarkan kenyataan - pakdin.my

Empat pemimpin tertinggi PKR menghadiri mesyuarat tertutup yang sedang berlangsung di sebuah hotel di sini, sejak pagi tadi.

Mereka ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, dua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang difahamkan mewakili BERSATU kerana beliau meninggalkan mesyuarat BERSATU di Petaling Jaya sebelum pertemuan itu tamat.

Mesyuarat hari ini dikatakan membincangkan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 8 pagi dan kini masih berlangsung.

Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam PKR sebentar lagi.

Pengumuman itu akan dibuat dalam sidang medianya di Sheraton Hotel, di sini pada bila-bila masa.

Ketika ini ramai wartawan sedang menunggu perkembangan itu.

Cakap-cakap mengenai pengunduran Azmin daripada PKR sedang hangat diperkatakan.

Terdahulu pagi tadi, Tun Mahathir Mohamed telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu di sini.

Menurut laporan, ia antara lain bagi membincangkan masa depan parti itu bersama koalisi yang membentuk Pakatan Harapan.

Ia juga rentetan mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Rujukan:
Tun M hadir pertemuan pemimpin BERSATU

Ketua Menteri Sarawak bincang ‘perkara besar’ bersama Ahli-Ahli Parlimen GPS di Kuala Lumpur

UTAMAPOLITIKEmpat pemimpin PKR bermesyuarat, Azmin akan keluarkan kenyataan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium