UtamaPOLITIKApakah benar UMNO mahu...

Apakah benar UMNO mahu tinggalkan kerajaan PN? - pakdin.my

  • Nama Perikatan Nasional (PN) hanyalah satu istilah yang dicadangkan bagi menzahirkan suatu kerjasama
  • Perikatan Nasional sehingga hari ini tetap kekal sebagai sebuah gabungan Ahli-ahli Parlimen

Ramai yang menghantar mesej bertanyakan memgenai laporan Malaysiakini yang mencetuskan kekeliruan seolah-olah UMNO mahu meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Persoalannya apakah benar UMNO bakal tinggalkan Kerajaan PN? Untuk menjernihkan persoalan ini, 10 ASAS PENTING berikut harus terlebih dahulu difahami secara tuntas:

1. UMNO tetap teguh berpendirian mempertahankan Kerajaan PN yang terbentuk hasil kerjasama UMNO dan komponen Barisan Nasional, rakan Muafakat Nasional UMNO iaitu PAS, dan Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS).

2. Komitmen UMNO ketika menyokong pencalonan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus terbelenggu dengan krisis politik yang tercetus lantaran kemelut berterusan perebutan jawatan Perdana Menteri di kalangan kepimpinan tertinggi parti-parti Pakatan Harapan.

3. Nama Perikatan Nasional (PN) hanyalah satu istilah yang dicadangkan bagi menzahirkan suatu kerjasama yang terbentuk pada saat ketika pembentukan kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin, setelah runtuhnya PH akibat perletakan jawatan secara rasmi Tun Dr Mahathir pada 24 Februari 2020.

4. Perikatan Nasional sehingga hari ini tetap kekal sebagai sebuah gabungan Ahli-ahli Parlimen yang mewakili dan membawa mandat parti-parti politik masing-masing dalam membentuk kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

5. Perikatan Nasional tidak sama dengan Barisan Nasional mahupun Muafakat Nasional. Barisan Nasional adalah parti politik berdaftar yang dibawahnya merupakan parti-parti yang bergabung secara rasmi khususnya UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

6. Perikatan Nasional juga tidak sama dengan Muafakat Nasional (MN). Walaupun MN tidak berdaftar sepertimana juga PN, namun MN adalah suatu kesepakatan rasmi yang diikat melalui sebuah Piagam yang termeterai antara UMNO dan PAS. Pembentukan MN juga melalui proses yang panjang termasuklah proses ‘mind-conditioning’ dikalangan ahli melalui ratusan siri-siri ceramah di semua peringkat selama lebih setahun, dibahaskan di Persidangan Agong parti masing-masing, diperhalusi oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Majlis Syura parti sebelum dimuktamadkan dalam bentuk Piagam Kerjasama.

7. Cadangan pembentukan PN secara rasmi juga seharusnya melalui proses yang sama kerana tidak mudah untuk parti-parti politik khususnya UMNO dan PPBM untuk mewujudkan sebuah gabungan sebagaimana BN mahupun MN kerana kebanyakan Ahli-ahli Parlimen PPBM hari ini merupakan mereka yang dahulunya menang PRU-14 atas tiket parti UMNO-BN sebelum melompat parti.

8. Keputusan untuk mendaftarkan PN secara rasmi juga perlu mengambil kira krisis dalaman PPBM ketika ini yang mengundang persoalan sejauh mana PPBM mampu bertahan dalam PN, terutamanya setelah pendirian rasmi dikeluarkan Pengerusi PPBM sendiri dan sayap parti PPBM ARMADA yang menolak kerjasama dengan UMNO dan mahu kembali kepada PH. Presiden PPBM juga sedang dicabar anak kepada Pengerusi PPBM sendiri dalam pemilihan parti mereka akan datang.

9. Tidak pernah timbul UMNO mahu meninggalkan PN kerana rata-rata ahli dan rakyat keseluruhannya amat bersyukur dengan pembentukan Kerajaan ini yang berjaya menyelamatkan Negara daripada krisis politik yang meruncing sekaligus membebaskan negara daripada parti chauvinis dan rasis DAP dan kerakusan PKR yang hanya memfokuskan perjuangan sejak dari awal penubuhannya untuk menaikkan Presidennya sebagai Perdana Menteri.

10. UMNO akan tetap terus pertahankan Kerajaan PN sehingga PRU-15 bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan Bumiputera ini mampu memulihkan segala kerosakan yang dilakukan Kerajaan PH terdahulu di samping memastikan nasib rakyat berbilang kaum mampu dibela terutamanya pasca Covid-19 yang mula merubah lanskap kehidupan ekonomi dan sosial masyarakat.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...