UtamaNASIONALSkandal terowong: Siasatan akan...

Skandal terowong: Siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara - pakdin.my

Siasatan berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata ketika ini siasatan kes berkenaan telah berada pada fasa terakhir dan tidak ramai saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi menyiapkan siasatan kes berkenaan.

“Sepatutnya kami memanggil (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng untuk memberi keterangan kali kedua tetapi beliau tidak dapat hadir kerana tidak sihat

“Esok (Jumaat) juga beliau tidak dapat hadir kerana ada hal. Oleh yang demikian, SPRM akan meneruskan rakaman percakapannya sekali lagi Sabtu ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku Modul Integriti dan Rasuah, di sini, semalam.

Kelmarin, Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk dirakam keterangannya.

Pada 30 Jun lepas, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan berhubung elemen rasuah dalam projek terowong itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan serta beberapa exco dan bekas exco kerajaan negeri turut dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega itu.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai siasatan melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Azam berkata pihaknya sedang dalam peringkat terakhir menyiapkan siasatan.

“Siasatan melibatkan Syed Saddiq masih lagi dijalankan dan kes ini tidak ramai lagi saksi untuk dipanggil dan saya percaya pegawai penyiasat saya dalam peringkat akhir untuk selesaikan kes ini dalam tempoh seminggu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 17 Julai lepas, SPRM menafikan menahan Syed Saddiq selepas beliau dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq di Petaling Jaya, Mac lepas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan berhubung urus niaga pertukaran tanah melibatkan Kementerian Pertahanan, Azam berkata pihaknya masih meneruskan siasatan kes berkenaan.

“Siasatan memang SPRM buat dan ada beberapa lagi siasatan yang masih belum selesai. Buat masa ini, saya tidak dapat mengumumkan keputusan kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pegawainya sedang memanggil beberapa lagi saksi lain untuk membantu siasatan, selain telah membuka beberapa lagi kertas siasatan kes itu.

Pada November tahun lepas, Kementerian Pertahanan telah mengemukakan laporan siasatan 16 projek “land swap” kepada SPRM. ― Bernama

https://pakdin.my/tag/terowong-dasar-laut/

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...