Warga Felda Harus Jaga Keamanan Dari Anasir Luar – Ahmad Zahid - pakdin.my

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masyarakat Felda bertanggungjawab mempertahankan wilayah mereka daripada dirosakkan oleh mana-mana anasir luar agar dapat menikmati hasil kemajuan organisasi itu.

“Kitalah yang bertanggungjawab mempertahankan wilayah Felda kita, sama ada mempertahankan unsur-unsur dalaman atau luaran, parasit-parasit harus kita sifarkan agar generasi Felda kelak dapat melihat kemajuan dan kejayaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah (AW) Wilayah Felda Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gedangsa, Hulu Selangor di sini, Ahad.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail.

Ahmad Zahid berkata kewujudan Kompeni Askar Wataniah di kawasan Felda diharap dapat mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti serta latihan.

“Satu kejayan Felda hari ini adalah kerana ramai peserta Felda terdiri daripada bekas tentera dan kesinambungan untuk mewujudkan AW kerana 60 peratus daripada peneroka Felda asal telah meninggal dunia, jadi perlu untuk membentuk Kompeni Askar Wataniah di kawasan Felda bagi memberikan kekuatan dari segi skim.

Ahmad Zahid berkata sehubungan dengan itu, Kementerian Pertahanan mensasarkan untuk melancarkan 10 Kompeni AW di kawasan Felda tahun ini.

UTAMABERITAWarga Felda Harus Jaga Keamanan Dari Anasir Luar - Ahmad Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium