EDITORIALSiasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil

Siasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut sumbernya dari wang RM3.3 Juta itu.

Sarawak Report dakwa RM3.3 Juta itu kecil sangat. Kecil kecillah. Pokoknya rasuah. Rasuah tetap jenayah. Mana tahu ada yang lain pula.

Saya juga ingin bertanya kepada LHDN, sudahkah siasatan terhadap aset dan modal Lim Guan Eng dibuat. Elok disiasat mulai tahun 2008.

Jangan lupa siasat juga Tony Pua. Dia operator utama semasa Guan Eng berkuasa di MOF. Dia tekan LHDN supaya pemimpin UMNO disiasat habis habisan.

Sekarang giliran kamu.

Saya juga ingin bertanya kepada PDRM, bila lagi nak serbu rumah Guan Eng. Sita semua handbag milik Betty, takut ada kaitan dengan wang RM3.3 Juta.

Kalau Najib boleh didakwa kononnya meminda deraf awal laporan 1MDB, maka bila Lim Guan Eng akan disiasat kerana meminda keputusan
pembekuan akaun TS Lim Soon Peng.

Surat Tommy Thomas kepada Guan Eng bertajuk “Application to Release The Frozen Accounts of YBhg. Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng bukti kuat campur tangan itu.

Surat pemakluman itu mendedahkan Lim Guan Eng membuat minit kepada Tommy Thomas bertarikh 19 Febuari 2019 supaya akaun Tan Seri tersebut dinyahbekukan.

Semua itu membuktikan zaman PH ada campur tangan politik, balas dendam Politik dan pelepasan politik. Guan Eng wajar terima pembalasan.

Oleh: MOHD PUAD ZARKASHI

Siasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil



FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami