Soalan untuk penulis Manifesto bukan kitab suci PH yang mengatakan ‘Najib tiada ‘moral standing’ - pakdin.my

Penulis manifesto bukan kitab suci kata: “Najib tiada ‘moral standing’

Bukan Najib yang tulis buku manifesto PH bukan kitab suci untuk tipu undi dan kencing Rakyat. Siapa dia?

Bukan Najib yang dituduh oleh salah seorang partner dia dalam video Sandakan. Siapa dia?

Bukan Najib yang umum secara awam bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat lalu bergantung nyawa pada PAS hari ini untuk kekalkan kuasa, Siapa dia?

Bukan Najib yang turun jalanraya untuk tipu Rakyat bahawa GST patut dimansuhkan untuk turunkan harga barang tetapi sekarang mahu laksanakan semula GST. Siapa dia?

Bukan Najib yang dituduh dalam akuan bersumpah (SD) mahkamah bahawa dia main bini orang lain dan sehingga kini tidak berani nafi. Siapa dia?

Bukan Najib atau parti Najib yang berpakat dan berpeluk-peluk dengan parti DAP dan parti Anwar selama 5 tahun lalu tuduh Najib dan parti Najib mahu berpakat dengan parti DAP dan parti Anwar. Siapa dia?

Bukan Najib yang tuduh kerajaan PH patut ditumbangkan sebab telah merosakkan ekonomi lalu lantik menteri ekonomi yang “rosakkan” ekonomi masa PH untuk menjadi menteri kanan paling kanan kerajaan PN bagi sektor ekonomi. Siapa dia?

Bukan Najib yang memerintah tanpa sokongan majoriti dan kini bergantung nyawa pada kekuatan katak-katak lompat. Siapa dia? Ini dikira ada “moral standing” ke?

Bukan kerajaan Najib yang langgar titah YDP Agong bahawa parlimen boleh sambung bersidang dalam tempoh darurat dengan menggunakan alasan sangat lawak bahawa keutamaan kerajaan ialah untuk melindung kesihatan orang-orang tua dalam Dewan pada ketika hampir semua sektor lain telah dibuka sebab takut hilang kuasa. Kerajaan siapa? Ada moral ke ini?

Najib juga yang difitnah rompak RM42 bilion tapi akhirnya dihukum penjara 12 tahun sebab ianya bukan hak Najib untuk sedekah RM42 juta sebab Najib.

Najib juga yang terima sekurang-kurangnya RM642 juta dari Kementerian Kewangan Arab Saudi terus ke dalam akaun atas nama saya tetapi digunakan sepenuhnya untuk membantu Rakyat termasuk memberi kepada semua masjid dalam negara serta membantu mangsa-mangsa banjir selama 4 tahun tanpa satu sen digunakan untuk peribadi Najib walaupun duit itu diberi Raja Saudi untuk Najib guna sesuka hati.

Pemimpin lain mana yang “bermoral” yang sudi buat begini?

Najib juga yang satu-satunya PM di mana tiada seorang anak dia memiliki syarikat tersenarai sebab tidak mahu terkait dalam kronisme dan nepotisme. Anak-anak PM4/7, PM5 dan PM8 semau ada.
Itu dikira Najib tiada moral ke?

Penulis manifesto bukan kitab suci kata: “Sekarang ini banyak betul pandangan beliau mengenai apa patut kerajaan lakukan tetapi saya rasa Najib tidak mempunyai ‘moral standing‘ untuk berbuat demikian.”

Pada awal pandemik, Najib juga yang paling awal saran kerajaan PH untuk segera sekat pelawat China pada ketika tiada seorang ahli politik lain bising tentang perkara ini.

Pada awal pentadbiran kerajaan PN, Najib juga yang saran naikkan bantuan cash kepada Rakyat, beri moratorium pinjaman dan pengeluaran dari akaun 2 KWSP semasa Rakyat menghadapi PKP 1.0.

Masa itu juga, Najib yang suruh kerajaan letakkan harga lantai (harga minimum) bagi harga minyak antara RM1.50 hingga RM1.80 agar inflasi tidak akan mencanak naik dan mencetuskan inflasi tinggi apabila harga minyak dunia memulih.
Tapi tidak didengar kerajaan dan akhirnya Rakyat menghadapi inflasi tinggi pada ketika ekonomi masih lemah setahun kemudian.

Najib juga yang tuntut dalam parlimen serta dalam FaceBook secara berturut-turut untuk beberapa hari pada awal bulan Julai bahawa langkah kerajaan untuk jimat sedikit kos dengan tukar kuarantin wajib di pusat kuarantin kerajaan ke kuarantin kendiri dalam rumah bagi pelawat asing akan mengundang PKP musim kedua. Tiada seorang lain dari kerajaan atau PH yang kisah perkara ini.

Lalu dimansuhkan kuarantin kendiri juga kerajaan PN tapi sudah terlambat setelah pelawat dari India langgar kuarantin kendiri dan membawa masuk varian baru Covid yang mencetuskan beberapa kluster baru di Kedah dan negeri-negeri utara termasuk kluster Sivagangga dan kluster penjara Alor Setar yang kemudiannya menular ke seluruh negara melalui pemindahan banduan.

Najib juga yang suruh sekat rentas negeri awal-awal pada permulaan bulan Oktober untuk elak Covid dari Sabah menular ke semenanjung tapi tidak didengar kerajaan dan gelombang ketiga tercetus hingga sekarang.

Najib juga yang cadang dan tegas untuk tuntut pengeluaran one-off tanpa syarat dari akaun 1 KWSP sebab tengok Rakyat dah amat susah dan bajet 2021 kerajaan PN tak mampu selamatkan negara.

Akhirnya dibuat kerajaan PN berbulan-bulan kemudian selepas dimaki teruk Rakyat lalu PN sendiri ambil kredit selepas tuduh Najib beri syarat Puteri Gunung Ledang.

Jutaan rakyat dan keluarga mereka dapat kelegaan pada masa paling susah akibat cadangan i-Sinar dari “orang yang tiada moral standing” ini.

Najib juga yang memberi amaran awal pada bulan Oktober tahun lepas semasa percubaan pertama kerajaan PN bahawa Darurat tidak diperlukan, tidak membantu mengawal Covid dan hanya akan melumpuhkan pelaburan. Akhirnya terbukti benar hari ini.

Pada bulan Disember lalu, Najib juga yang saran kerajaan PN naikkan kembali tempoh kuarantin wajib dari 7-10 hari ke 14 hari dan langkah tak masuk akal kerajaan PN untuk turunkan tempoh kuarantin itu akan membawa masuk varian-varian baru lebih berbahaya yang mula muncul.

Akhirnya, kerajaan PN buat juga 4 bulan kemudian dan kata ini adalah langkah untuk kurangkan risiko tapi sudah terlambat sebab varian mutasi UK, mutasi berkembar India dan mutasi Afrika Selatan sudah menular.

Dan Najib juga yang suruh kerajaan buat PKP 2.0 dengan betul. Buat amat ketat dan pendek supaya masalah tidak berpanjangan.

Jangan buat benda bodoh seperti memberi kelonggaran bagi sektor-sektor kilang dan tapak pembinaan yang menyumbang bahagian paling besar gelombang ketiga untuk terus beroperasi semasa membuat PKP 2.0 yang kononnya untuk melawan gelombang ketiga

Najib juga yang beri amaran awal bahawa cara PKP 2.0 dibuat tidak akan berjaya kurangkan kes baru Covid ke dua angka supaya Rakyat boleh rentas negeri untuk balik raya pada bulan Mei.
Akhirnya terbukti benar hari ini.

Adakah ianya gagal segagalnya apabila kerajaan PN perlu buat PKP 3.0 dengan serta-merta sebab keadaan sudah menjadi kritikal setelah PKP 2.0 ditamatkan hanya dua bulan dahulu?
Masih nak nafi dan salahkan Najib?

Cadangan atau saranan Najib yang mana selama ini yang tidak menguntungkan Rakyat dan kerajaan?

Cuba jawab.

Penulis manifesto bukan kitab suci juga kata:
“Kita jangan lupa sejarah yang berlaku, bagaimana Najib tinggalkan begitu besar masalah dalam Malaysia,”

Masalah yang ditinggalkan Najib termasuk naikkan kekayaan negara sebanyak RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017 supaya kerajaan PN boleh belanja RM600 bilion untuk mengaku prihatin sehingga PM8 sendiri kata Malaysia tak ada banyak duit lagi.

Siapa yang tinggalkan kekayaan itu bagi kerajaan PN belanja RM600 bilion? Guan Eng ke? Atau kerajaan PN menabung dari kecil?

Masalah yang ditinggalkan Najib juga ialah rizab tunai Petronas sebanyak RM171 bilion yang dinaikkan dari RM30 bilion supaya PH dan PN boleh jarah lebih seratus bilion dalam tempoh masa tak sampai 3 tahun.

Masalah yang ditinggalkan Najib termasuk aset bersih Khazanah yang dinaikkan dari RM32 bilion ke RM116 bilion supaya kerajaan PH dan PN boleh jual aset secara lambak.

Ini termasuk penjualan sepenuhnya Silterra yang dipulihkan keuntungan masa Najib pada harga cuma RM270 juta oleh kerajaan PN dalam tempoh Darurat ini pada ketika industri semikonduktor dunia meletop naik walaupun kerajaan telah melabur berbilion-bilion dalam Siltera dan kos gantian untuk bina kilang semikonduktor baru sekurang-kurangnya US$1 bilion.

Masalah yang ditinggalkan Najib juga termasuk tabung KWAN yang dinaikkan dari RM4.3 bilion ke RM16.9 bilion masa Najib supaya kerajaan PN boleh korek RM5 bilion hari ini.

Masalah yang ditinggalkan Najib juga ialah ekonomi yang mantap dengan pelaburan asing antara paling tinggi dalam ASEAN, dividen dan Hibah tinggi dengan sistem bantuan yang diperkenalkan dan dinaikkan setiap tahun secara konsisten sepanjang 9 tahun Najib, stock market pada tahap paling tinggi dalam sejarah yang kemudiannya dijahanamkan kerajaan PH dan kerajaan PN menjadi antara paling teruk dalam dunia dan pelaburan asing paling teruk dalam ASEAN.

Parti mana dan PM dari parti mana yang dalam kedua-dua kerajaan PH dan PN semasa kerosakan pada ekonomi ini berlaku sejak PRU14?

Adakah apa yang Najib tulis di atas ini tak benar atau kelentong? Cuba nafikan.

Link penulis buku manifesto bukan kitab suci: https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1907622879394171

UTAMANAJIB RAZAKSoalan untuk penulis Manifesto bukan kitab suci PH yang mengatakan 'Najib tiada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium