Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang merudum teruk dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Atas sebab itu kata Husam, Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya memberi peluang kepada parti Pejuang yang diasaskan bekas Perdana Menteri ke-7 itu untuk bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada PPBM sebelum ini.

“Peralihan kerajaan dan kenyataan beliau selepas itu menyebabkan kedudukannya di mata sebahagian besar rakyat teruk dan merudum.

“Bila Tun (Mahathir) hilang kepercayaan (rakyat), sekiranya masih memimpin Pejuang dan mengambil kerusi yang ditinggalkan PPBM, ini akan merugikan rakyat yang mahukan kejayaan menumbangkan kerajaan yang ikut cara ‘tebuk atap’.

“Kalau berikan kerusi kepada Pejuang, ini juga akan menggagalkan hasrat kita untuk mengambil alih kuasa,” katanya, dipetik dari laporan Sinar Harian.

Justeru kata Husam, beliau mencadangkan supaya PAN dan rakan sekutu PH melakukan agihan semula kerusi yang dipertandingkan PH terutama yang ditandingi PPBM.

“13 kerusi ini diserahkan kepada PPBM sebelum ini. Begitu juga 10 kerusi yang ditinggalkan YB Azmin Ali dan rakan-rakan. Sebahagian besar kerusi ini akan dimenangi PH.

“Jika diberi peluang PAN (bertanding), peluang untuk menang cerah. Dengan itu PAN boleh menambah kerusi di peringkat Parlimen pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penganalisis politik Dr. Kamarul Zaman Yusof mendedahkan, sebelum PRU14 yang lalu, Husam merupakan orang yang terawal mencadangkan nama Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Memang ada laporan berita bertarikh 21 Mei 2017 bertajuk, Husam cadang Mahathir calon PM, yang memuatkan rayuannya supaya rakan dalam PH menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri jika PH menang PRU-14.

“Sebab itu, apabila Husam kini menyebut ‘kedudukan Mahathir di mata sebahagian besar rakyat adalah kehilangan kepercayaan yang teruk, yang merudum, dipanggil sebagai “lost of trust‘ ataupun kehilangan kepercayaan, maka impaknya adalah besar,” kata Dr Kamarul. – SUARA.TV

Berkaitan:
Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP
https://pakdin.my/husam-pan-parti-diktator-lebih-senang-merujuk-kepada-dap/

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...