#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil - pakdin.my

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again. Last Wednesday, news broke of Brazilian and Dutch police executing dozens of search warrants as part of a corruption investigation on a joint venture (JV) between SEB and Seadrill Ltd in Brazil.

The corruption probe is codenamed Car Wash, as initial investigations and findings were at a car wash in Brasilia. More than 400 individuals are being questioned and thousands of warrants have been issued to trace anywhere between US$2 billion and US$13 billion in funds, involving Brazilian state-owned Petróleo Brasileiro SA or Petrobras.

https://www.theedgemarkets.com/article/sapura-energy-spotlight-again

——————–
Sebaik dilantik Pengerusi PNB, Zeti segera bailout Sapura. Mahu faham kenapa Sapura dikatakan sykt kroni Mahathir, baca berikut:
https://web.facebook.com/HBT19/photos/a.107026960681130/325711988812625/?type=3&_rdc=1&_rdr

Sumber: Facebook Salahuddin Hisham

——————–

Projek Kroni Tun Mahathir: Syarikat Sapura Energy Bhd telah di’Bailout’ sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 1)

※ Adakah rakyat Malaysia sedar yang PNB di bawah TS Zeti Akhtar Aziz telah bailout Syarikat Sapura Energy Bhd sebanyak RM2.681 bilion?.

※ Penganalisa politik dari dalam dan luar negara telah meramalkan bahawa sejarah 22 tahun Tun Mahathir sebagai PM ke-4 bakal berulang apabila peralihan kuasa pada 9hb Mei 2018 dari kerajaan BN kepada kerajaan PH sekali lagi dipimpin oleh Tun Mahathir sebagai PM ke-7 pula.

※ Tanggal 14hb Mei 2018 hanya 5 hari selepas PRU ke-14 syarikat OPCOM Holdings bhd memperolehi kontrak “Rakan Unifi” dari Telekom Malaysia (TM) bernilai RM11.16 juta (Kontrak dari 2hb Jul 2018 hingga 31hb Disember 2019). Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings adalah TS Mokhzani Mahathir. Sementara itu adik TS Mokhzani yang juga Menteri Besar Kedah ketika itu, DS Mukhriz Mahathir adalah pengasas OPCOM holdings memegang 25.2% saham syarikat. Manakala DS Norzietah Zakaria isteri DS Mukhriz Mahathir menguasai 11.16% saham OPCOM melalui MOcean Capital Sdn Bhd.

※ Ketika itu, tiada lagi suara2 lantang pengkritik anti-Tun Mahathir seperti DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DS Azmin Ali kedengaran apabila mereka dapat habuan “DEDAK” yang lumayan setelah bersama Tun Mahathir di dalam kerajaan PH. Di pentas ceramah di PRK Parlimen Port Dickson pada 8hb Oktober 2018, DS Anwar Ibrahim pun dilihat mula “JILAT” Tun Mahathir bagaikan “bapanya” dan menganggap Perdana Menteri Malaysia terbaik buat masa ini. Terdesak sangatkah DSAI ketika itu?.

※ Tahukah anda bahawa syarikat Sapura Energy telah di”Bailout” RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB?.

Bagi mengetahui ceritanya, sila baca kupasan ini.

※ Kisah “bailout” ini berlaku apabila usaha niaga Sapura Energy mengalami kerugian 4 tahun berturut2 dengan hutang terkumpul sebanyak RM16 billion. Sejak kejatuhan harga minyak dunia, pemain2 di dalam sektor industri minyak dan gas (oils and gas industry) dilihat mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi dan keuntungan syarikat. Situasi ini tidak terkecuali berlaku kepada syarikat “Sapura Energy” yang ada hubung kait dengan TS Mokhzani Tun Mahathir.

※ Laporan The Edge Markets pada 24hb April 2018 menjelaskan, walau pun TS Mokhzani menjual pegangan saham utama dalam Sapura Energy pada November 2017 melalui syarikat kawalan beliau Khasera Baru Ltd (387.97 juta saham bernilai RM577.46 juta), namun syarikat pengurusan aset persendirian miliknya iaitu Kencana Capital Sdn Bhd masih memegang 0.08% dan 0.16% lagi kepentingan ekuiti dalam Sapura Energy.

※ Sapura Energy Berhad (dulu dikenali sebagai SapuraKencana) ialah sebuah syarikat perkhidmatan medan minyak yang berpusat di Kuala Lumpur. Ianya dibentuk melalui penggabungan antara SapuraCrest dan Kencana pada bulan Mei 2012. Sapura Energy Berhad adalah syarikat liabiliti terhad awam. Sehingga 2017, bilangan pemegang saham berjumlah 37,217 dengan Sapura Technology SDN BHD mengekalkan 13.37% dan Citygroup Nominees (Tempatan) SDN BHD memegang 10.06% saham.

※ Sapura Energy Bhd menanggung kerugian bersih sebanyak RM2.5 bilion bagi tahun kewangannya berakhir pada 31hb Jan 2018 berbanding keuntungan bersih RM206.16 juta yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2017. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, pendapatan syarikat Sapura Energy Bhd menurun kepada RM5.89 bilion dari RM7.65 bilion dengan kerugian RM1.76 bilion.

※ Pada 28hb September 2018 BERNAMA melaporkan yang Sapura Energy Bhd mencatat kerugian bersih RM126.05 juta bagi suku ke-2 berakhir pada 31hb Julai 2018 berbanding untung bersih RM28.92 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Hasil pula menurun 23.9% kepada RM1.26 bilion daripada RM1.66 bilion sebelum ini. Sementara itu, bagi tempoh 6 bulan berakhir pada 31hb Julai 2018, Sapura Energy mencatat kerugian pendapatan RM1.1 bilion kepada RM2.3 bilion berbanding RM3.4 bilion yang dicatat pada tempoh sama pada tahun 2017.

-MZR-
Sumber: Suara Kita Hebat

UTAMAEKONOMI#MOKHZANI'S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena 'raid' di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium