UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka? - pakdin.my

Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti.

Menurut sumber, permintaan itu dan beberapa permintaan lain dikemukakan kepada Muhyiddin oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya (teleconference) semalam.

BACA SINI: Muhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi
https://pakdin.my/muhyiddin-selesai-berunding-dengan-umno-malam-tadi/

Biro Politik UMNO dikatakan mahu semua pelantikan kabinet mewakili UMNO mengambil kira hirarki dalam parti.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit.

Biro Politik UMNO sebelum ini mengumumkan untuk mempertimbangkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan terma-terma baharu.

BACA SINI: UMNO Pertimbang Keluar Kerajaan Perikatan Nasional
https://pakdin.my/umno-pertimbang-keluar-kerajaan-perikatan-nasional/

Sekiranya dakwaan ini benar, Muhyiddin perlu menggugurkan empat orang menteri UMNO seperti Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.

Selain permintaan tersebut ada beberapa permintaan lain yang enggan didedahkan oleh sumber kami buat masa ini.

Setakat ini belum menerima ada sebarang maklum balas daripada mana-mana pemimpin UMNO.

UTAMAPOLITIKUMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium