[Video] Apa masalah kau tumbuk abang bomba? - pakdin.my

Kajang: Niat murni anggota bomba mengelak seorang lelaki daripada cedera dengan menghalangnya daripada menghampiri kereta yang terbakar di Balakong di sini, bertukar sebaliknya apabila anggota terbabit ditumbuk lelaki itu.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan lebih agresif dengan mengamuk di lokasi menyebabkan beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran kereta itu terpaksa memberkasnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi. Anggota membuat pemadaman dan kereta itu musnah 70 peratus.

“Bagaimanapun, semasa operasi itu, seorang lelaki bertindak agresif terhadap anggota yang cuba menghalangnya daripada mendekati kenderaan.

“Dia tiba-tiba mengamuk dan memukul anggota tanpa sebab. Kemungkinan kereta terbakar itu miliknya dan anggota turut menemui parang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, lelaki itu ditahan dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

UTAMABERITA Apa masalah kau tumbuk abang bomba?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium